BuletinMotosikal

ARRC SENTUL: ZAQHWAN TERLEPAS PODIUM 600CC, KAPCAI 150CC MASIH DIDOMINASI Y15ZR

Selepas aksi cemerlang sepanjang sesi latihan dan kelayakan, masalah tayar menjadi penghalang buat Mohd Zaqhwan Zaidi untuk meraih podium pada Perlumbaan 1 SuperSports 600cc di Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu muncul pelumba terpantas dalam kesemua sesi latihan dan pusingan kelayakan dan memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama namun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan akhir di kedudukan keempat dengan masa keseluruhan 24’17.082s.

Pelumba wildcard, Dimas Ekky Pratama (Astra Honda Racing Team) muncul juara setelah menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24’16.982s.

BACA: AZLAN TEKAD ULANGI KEJAYAAN DI SUZUKA

“Saya bermula dengan baik, namun mengalami kesukaran untuk mengekalkan kedudukan di kelompok hadapan. Selepas dipintas beberapa pelumba, saya dapati sukar untuk mengejar mereka dan keadaan tayar juga semakin teruk,” jelas Zaqhwan.

“Mungkin pelarasan yang saya gunakan tidak begitu baik menyebabkan tayar saya mengalami masalah meskipun memilih jenis tayar yang sama dengan pelumba lain. Keadaan cuaca lebih sejuk berbanding ketika sesi kelayakan. Saya akan melakukan sedikit perubahan terhadap jentera dan akan bekerja lebih keras untuk menaiki podium dalam perlumbaan kedua esok.”

Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) muncul naib juara dengan masa keseluruhan 24’17.015s diikuti Taiga Hada (Rama Honda) ketiga, 24’17.082s.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh kekal di tangga teratas keseluruhan dengan 111 mata diikuti Hada, 94 mata dan Zaqhwan, 93 mata.

Sementara itu, trio Astra Honda Racing menguasai ketiga-tiga podium dalam saingan Asia Production 250cc diketuai Gerry Salim yang meraih kemenangan keenam pada musim ini dengan masa 20’51.073s. Rheza Danica Ahrens muncul naib juara dengan masa 20’53.715s diikuti Andi Farid Izdihar ketiga, 20’53.997s.

Pelumba muda negara, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor) menghadiahkan kemenangan buat kontinjen negara setelah menjuarai perlumbaan Underbone 150cc dengan masa 18’46.517s untuk terus kekal di tangga teratas keseluruhan dengan 118 mata.

Keputusan Perlumbaan 1

SuperSports 600cc

1 Dimas Ekky Pratama (INA) Astra Honda Racing Team 24:16.982s

2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:17.015s

3 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 24:17.082s

4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 24:17.575s

5 Decha Kraisart (THA) Yamaha Thailand Racing Team 24:20.709s

Kedudukan Keseluruhan

1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 111 mata

2 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 94 mata

3 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 93 mata

4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 84 mata

5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata

Asia Production 250cc

1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 20:51.073s

2 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20:53.715s

3 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 20:53.997s

4 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 20:54.281s

5 Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha Racing Indonesia 20:54.404s

Kedudukan Keseluruhan

1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 150 mata

2 Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing Team 105 mata

3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 102 mata

4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 94 mata

5 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 86 mata

UB150

1 Md. Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 18:46.517s

2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 18:46.654s

3 Md. Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 18:46.681s

4 Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing 18’47.503s

5 Owie Nurhuda (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM Racetech Racing Team 18:47.505s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 118 mata

2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 99 mata

3 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team 85 mata

4 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 73 mata

5 Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 73 mata

Google ads
Back to top button