Buletin

SYARIKAT KREN SANY BUAT TRAK PIKAP ELEKTRIK?

Syarikat Sany yang sangat terkenal dengan produk kenderaan komersial seperti kren, trak dan jentolak dikatakan akan hadir dengan sebuah produk trak pikap elektrik pada masa akan datang.

Imej paten yang diperoleh daripada Car News China itu memperlihatkan rupa paras sebenar trak pikap yang didaftarkan di bawah Hunan Xingbida Network Technilogy yang turut dimiliki oleh Sany Group.

Ia membawakan rekaan yang agak moden, dimulakan dengan logo Sany bercahaya di bahagian ‘gril depan’, diikuti dengan lampu nyalaan siang LED menegak, diikuti dengan penambahan beberapa lampu bantuan lain.

Di bahagian sisi pula, terdapat tempat pemijak bagi memudahkan urusan keluar masuk, garis badan yang agak bersegi, serta rekaan panel yang tidak bercat sementara bahagian belakang pula menempatkan beberapa unit lampu menggunakan teknologi LED.

Menurut Car News China lagi, Sany dikatakan sedang bekerjasama dengan pengeluar bateri CATL, jadi terdapat kemungkinan besar bateri trak pikap ini menggunakan unit daripada syarikat tersebut. – CarNewsChina

Google ads
Back to top button