Buletin

POLIS ISRAEL TAHAN PEMANDU TRAK PIKAP UBAHSUAI BED BELAKANG JADI KOLAM RENANG

Seorang pemilik trak pikap telah ditahan di Israel kerana didapati memandu kenderaan yang telah diubahsuai menjadi sebuah kolam renang sementara di atas jalan raya.

Tambah memburukkan keadaan apabila terdapat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di dalam air ketika trak pikap itu sedang bergerak.

Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh pihak berkuasa tempatan, terdapat empat orang kanak-kanak sedang bermain air di bahagian bed belakang yang dilitupi oleh vinil.

Satu rakaman video udara menunjukkan trak tersebut meninggalkan kesan limpahan air atas jalan berdebu sebelum kenderaan itu ditahan oleh sebuah kereta peronda.

Laporan daripada sebuah media Israel mendakwa trak tersebut telah dikesan sekali sebelum kejadian tersebut berlaku, di mana ia dipandu di celah-celah trafik dengan membawa dua orang kanak-kanak yang sedang berenang di belakang.

Wilayah Sharon kini sedang dilanda cuaca panas dengan suhu yang mampu mencecah sehingga 37 darjah Celcius. – Times of Israel

Google ads
Back to top button