Buletin

VW DEDAH TEASER POLO TRACK – POLO VERSI BAJET UNTUK BRAZIL

Volkswagen mendedahkan teaser pertama model Polo Track, sebuah supermini bajet yang dihasilkan khusus untuk pasaran Amerika Selatan.

VW Polo Track bakal menggantikan model Gol yang telah pun ditamatkan produksi, dengan pelancaran dijadualkan berlangsung pada tahun 2023.

Berdasarkan imej yang dibekalkan, Polo Track masih lagi berkongsi panel yang sama dengan Polo standard, kecuali unit lampu utama yang lebih ringkas, gril yang berbeza, serta rekaan bampar yang menampilkan corak sarang lebah.

Dari segi kuasa, media tempatan melaporkan Polo Track mungkin akan dijana dengan enjin tiga silinder 1.0 liter dengan suapan bahan api petrol dan juga ethanol.

Menurut Volkswagen, Polo Track merupakan kereta keluarga kompak pertama yang akan dilancarkan di bawah projek pelaburan bernilai €1 bilion, di mana ia akan diproduksikan di kilang Taubaté, Brazil, tidak seperti model standard Polo yang dihasilkan di kilang Sao Bernardo de Campo, negara yang sama.

Google ads
Back to top button