Buletin

SYARIKAT PENERBANGAN GOL KENA TANGGUNG KOS MEKAP PEKERJA WANITA

Syarikat penerbangan Brazil, Gol perlu menanggung kos kosmetik pramugari dan kakitangan wanita lain susulan keputusan mahkamah buruh, manakala seorang pegawai kesatuan sekerja memberitahu perintah tersebut mungkin mempengaruhi sektor profesional lain.

Keputusan pada 29 Julai lalu itu menyebut bahawa Gol wajib menyediakan set mekap percuma kepada semua kakitangan wanitanya di samping menanggung prosedur kosmetik lain seperti rawatan rias kuku.

Kakitangan wanita Gol perlu menggunakan sebahagian gaji mereka untuk tujuan kecantikan sekali gus berbeza dengan pekerja lelaki, demikian menurut keputusan mahkamah buruh berkenaan di negeri Santa Catarina, selatan Brazil.

Justeru,  syarikat penerbangan itu perlu membayar 220 reais (RM174) kepada kakitangan wanitanya untuk kos kosmetik.

“Keputusan ini akan mempengaruhi sektor profesional lain di mana wanita perlu memakai mekap kerana ia sudah menjadi  perintah mahkamah,” kata Pengarah

Kesatuan  Pekerja Kabin Penerbangan Nasional, Clauver Castilho.

Keputusan tersebut memberikan manfaat kepada kira-kira 4,000 wanita termasuk pramugari dan pekerja lapangan terbang. – KOSMO!

Google ads
Back to top button