Buletin

DUA JET PERIBADI ROMAN ABRAMOVICH BERNILAI LEBIH RM1.7 BILION AKAN DISITA AS

Bekas pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich berdepan dua jet peribadinya dirampas Amerika Syarikat (AS) selepas dituduh melanggar sekatan.

Mahkamah di New York mengeluarkan waran untuk rampasan jet eksekutif Boeing 787-8 Dreamliner dan Gulfstream G650ER.

Dua pesawat milik bilionair Rusia itu yang dianggarkan bernilai lebih AS$400 juta (RM1.7 bilion) disita.

Pesawat itu didakwa digunakan untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Rusia kerana menyerang Ukraine.

Kedua-duanya diterbangkan ke wilayah Rusia awal tahun ini sekali gus melanggar sekatan eksport AS.

Dalam surat pertuduhan berkenaan, Jabatan Perdagangan AS berkata, Abramovich menamakan anak-anaknya sebagai penerima manfaat daripada syarikat tersedia yang memiliki dua pesawat itu tetapi dia terus mengawalnya.

Menurut kertas pertuduhan, pendakwa raya persekutuan di AS kini berusaha untuk merampas kedua-dua pesawat itu.- CNBC/KOSMO!/thesun

Google ads
Back to top button