Artikel Pilihan

KENAPA PESAWAT AIRBUS A380 GAGAL DAN TIDAK AKAN BEROPERASI LAGI

Pesawat Airbus A380 merupakan salah satu keajaiban dalam dunia kejuruteraan aeronatik dan penerbangan ketika ia dilancarkan dan digunakan oleh Singapore Airlines pada 15 Disember 2007. Dalam kapasiti penuh pesawat jumbo ini berupaya membawa 500 penumpang dalam satu penerbangan

Ia boleh direka dengan 3 kelas penerbangan samaada ekonomi, perniagaan atapun kelas pertama yang serba mewah lengkap dengan pelbagai kemudahan yang mewah untuk penerbangan. Walaubagaimanapun selepas 14 tahu dikeluarkan, pesawat ini gagal untuk dijual kepada lebih banyak pelanggan

Sebagai perbandingan pesawat terbesar Boeing iaitu 747 bertahan selama 50 tahun dalam barisan pengeluaran yang sentiasa menerima pelanggan yang baru. Jadi apa masalah dengan Airbus A380 yang menyebabkan banyak syarikat penerbangan tidak lagi berminat dengan pesawat jumbo ini?

1. Kajian awal yang gagal – idea pesawat A380 dicetuskan pada tahun 1988 bagi melawan Boeing 747 dan rancangan ini diumumkan pada tahun 1990. Rekaan pesawat ini dimuktamadkan pada tahun 1994 dan pada tahun 2000 Airbus membelanjakan 10.7 billion USD bagi membangunkan pesawat ini.

Pesawat A380 terbang kali pertama pada tahun 2005 dan penerbangan komersial pertama dibuat oleh Singapore Airlines pada tahun 2007. Pada tahun 2000 sebelum Airbus melabur duit, kajian “Global Market Forecast 2000-2019” yang mendalam telah dibuat.

Dalam kajian ini Airbus meramal dunia memerlukan 1250 unit pesawat jumbo dengan kapasiti 400 penumpang dalam tempoh 20 tahun seterusnya. Sedangkan jika lihat dalam industri penerbangan yang sememang untuk nipis bagi setiap tiket terjual, pesawat yang lebih kecil dan enjin lebih efisyen lebih disukai oleh operator disebabkan kos operasi yang lebih rendah.

2. Masalah logistik – panjang sayap A380 mencecah 80 meter manakala beratnya pula mencapai 575,000kg. Lapangan Terbang Antarabang New York JFK membelanjakan sehingga 179 juta USD bagi menaiktaraf fasiliti mereka supaya A380 mendarat di sana.

Perbelanjaan ini dihabiskan untuk memanjangkan dan melebarkan landasan, melebarkan taxiway, membesarkan pintu gateway dan membeli dual boarding bridges. Keadaan ini menyebabkan hanya 40 landasan di dunia sahaja yang mampu menerima pesawat A380 berbanding dengan 200 landasan bagi 747

Di Amerika dan Kanada, hanya 16 lapangan terbang yang mampu menerima A380 berbanding dengan 32 lapangan terbang yang boleh menerima pesawat 747. Berbalik kepada poin no 1, walaupun boleh membawa penumpang ramai, kos naik taraf lapangan terbang tidak dikaji dengan baik

3. Model perniagaan berubah – Airbus A380 direka dengan konsep perniagaan hub & spoke, dimana penumpang jarak jauh akan dikumpulkan terlebih dahulu ke hub penerbangan dengan pesawat kecil sebelum diterbangkan ke jarak jauh dengan pesawat A380 bagi tujuan memaksimumkan penumpang dan keuntungan

Namun perjanjian Open Skies pada tahun 2001 menyaksikan lebih banyak pesawat biasa yang kecil terbang untuk jarak jauh tanpa perlu singgah di hub penerbangan bagi tujuan transit. Kebanyakan penumpang tidak suka dengan transit dan lebih suka terbang terus ke destinasi.

4. Kos operasi mahal – Dalam satu kajian kos operasi yang dibuat oleh Qantas untuk penerbangan dari Sydney ke Los Angeles, mereka membelanjakan sekitar 305,735 USD untuk kos operasi dengan kapasitii 484 penumpang yang pada kebanyakan masa tidak penuh pun. Dalam sejam, kos operasi pesawat ini ialah 21,838 USD

Jika dibandingkan dengan peswat Boeing 737 bagi perjalanan yang sama, mereka hanya perlu membelanjakan sekitar 190,422 USD atau 13,601 USD sejam sahaja dengan kapasiti 361 penumpang. Ini bermakna walaupun A380 boleh membawa 34% lebih banyak penumpang, kos operasi meningkat 60%

Dengan 4 enjin Rolls Royce Trent 900, kos penggunaan bahan api sekali lagi menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan yang membelanjakan kos yang besar untuk operasi, dengan kapasiti penumpang tidak penuh dan tidak dapat mendarat ke mana-mana lokasi penerbangan yang terkenal dengan mudah disebabkan saiznya.

5. COVID-19 – mat saleh kata peristiwa pandemik ini ibarat “a nail in the coffin” yang menguburkan banyak syarikat penerbangan, memaksa operator penerbangan beroperasi dalam keadaan sangat efisyen dan pilihan yang ada ialah menggunakan pesawat baru yang lebih efisyen dalam menggunakan bahan api seperti Airbus A321 Neo.

Google ads
Back to top button