Buletin

SKUTER ADVENTURE SYM ADX 125 2023 BAKAL TIBA DI EROPAH. TIGA PILIHAN WARNA, 12.1HP, HARGA BELUM ADA

Pengeluar motosikal, SYM, baru-baru ini mendedahkan model skuter SYM ADX 125 2023 bakal tiba di rangkaian pengedar jenama itu di Eropah dalam beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, SYM ADX 125 telah diperkenalkan sebagai jentera prototaip pada acara EICMA 2021.

Berdasarkan reka bentuk, ia sesuai digunakan di atas pelbagai keadaan jalan raya kelihatan tangkas, sporty serta selesa.

SYM ADX 125 didatangkan dengan beberapa teknologi. Antaranya skrin TFT warna bersaiz 5 inci, sistem Keyless 2.0, soket pengecasan pantas USB QC 3.0, lampu LED penuh dan tayar dual purpose yang sesuai untuk kegunaan di laluan off-road.

Turut disertakan ialah suspensi belakang mono, sistem brek cakera ABS dua hala dan ciri Anti-Lift Engine Hanger (A.L.E.H) yang ditambah pada bingkai untuk memberikan kestabilan ketika menunggang pada kelajuan tinggi.

Skuter itu mempunyai tangki bahan api berkapasiti 15 liter dan dilengkapi Low Resistance Alternator/ Starter Generator dengan sistem Stop & Go. Sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api serta pelepasan C02.

Dari segi kuasa, ADX 125 dipacu oleh enjin 124.7cc empat lejang, empat injap silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 12.1hp pada 7,500rpm dan tork 11.5Nm pada 7,000rpm.

Harga skuter SYM ADX 125 bagaimanapun masih belum dinyatakan. Namun ia akan hadir dalam pilihan tiga warna iaitu putih, kelabu dan biru gelap matte.

Google ads
Back to top button