
SYM HUSKY ADV 150. TOLONGLAH MASUK MALAYSIA
Selepas skuter adventure yang dirintis oleh Honda semakin popular di pasaran, nampaknya semua pengeluar motosikal mula menghasilkan jentera dengan konsep yang sama.
Terbaharu, SYM memperkenalkan skuter adventure yang dikenali sebagai Husky ADV 150 pada acara EICMA 2021 di Milan, Itali.
Seperti yang boleh dilihat, Husky ADV 150 tampil dengan rekaan agresif bersama garis-garis tajam dan wajah seakan-akan robot. Semua lampunya menggunakan teknologi LED.

Husky ADV 150 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang SOHC bersesaran 150cc. Enjin dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa mencecah 14.4hp pada 7,500rpm dan tork 145Nm pada 6,000rpm.
Jentera itu dilengkapi suspensi teleskopik di hadapan. Sementara roda belakang menggunakan khidmat penyerap hentak jenis monoshock, tidak seperti Honda yang memasang suspensi berkembar. Suspensi travel yang panjang itu membolehkan penunggang melayan off-road ringan tanpa masalah.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi tayar dual purpose dan brek cakera depan belakang yang lengkap bersama ciri ABS.
Skuter tersebut hadir dengan tangki bahan api berkapasoiti 15 liter. Panel instrumen pula terdiri daripada skrin TFT berwarna digital sepenuhnya. Jentera itu juga menyediakan slot pengecasan pantas USB 2.0 dan cermin hadapan boleh laras secara manual.
Persoalannya sekarang, adakah pesaing lansung kepada Honda ADV150 akan menjengah pasaran Malaysia? Kalau ada, memang menarik kerana pengguna ada pilihan selain Honda ADV 150.
- BACA: SYM JET X 150 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN. BERMULA RM8,888
- BACA: MFORCE BIKE PERKENAL SYM JET X 150 DAN WMOTO XTREME 150i. HARGA RM8K HINGGA RM10K
- BACA: SYM VF3i 185cc LIMITED EDITION DAN PRO, KAPCAI PALING SELAMAT DI MALAYSIA
- BACA: SYM VF3i 185cc EDISI TERHAD. 5,000 UNIT, KAPCAI ABS PERTAMA DI MALAYSIA, RM9,338 SAHAJA