
SYM JET X 150 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN. BERMULA RM8,888
Selepas sesi pratonton skuter terbaharu MForce Bike Holdings bersama rakan-rakan media pada April lalu, SYM Jet X kini rasmi dilancarkan.
Skuter berkenaan bakal berada di pasaran bermula 19 Mei 2021 di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. SYM Jet X 150 ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition.
Varian Standard oleh anda miliki pada harga asas RM8,888 seunit, manakala Special Edition pula berharga RM9,188 (tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan).

Anda boleh memilih tiga warna iaitu kelabu, merah dan kuning bagi varian Standard. Sementara warna biru Chameleon khas untuk model SE.
SYM Jet X 150 digerakkan oleh enjin pancitan bahan api satu silinder 149.6cc yang mampu menjana kuasa 12.3HP pada 8,000rpm dan 12Nm tork pada 6,000 rpm.
Reka bentuk Jet X 150 yang garang itu didatangkan dengan sistem kunci pintar bersama penggera bagi tujuan keselamatan. Semua lampunya menggunakan LED, selain dipasang dengan meter LCD digital penuh dan ciri skrin auto dimmer.

Skuter 140kg itu dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter dan ruang bawah tempat duduk seluas 18 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet fullface.
SYM Jet X 150 dipasang dengan brek jenis CBS dan menggunakan suspensi jenis teleskopik untuk fork hadapan serta dwi-penyerap hentak boleh laras di belakang untuk lebih kestabilan. Jet X 150 turut menyediakan soket pengecas USB yang membolehkan anda mengecas gajet sambil menunggang.
Dengan setiap pembelian SYM Jet X 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km (mana-mana tiba dahulu). Di samping pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.
- BACA: MFORCE BIKE PERKENAL SYM JET X 150 DAN WMOTO XTREME 150i. HARGA RM8K HINGGA RM10K
- BACA: SYM VF3i 185cc LIMITED EDITION DAN PRO, KAPCAI PALING SELAMAT DI MALAYSIA
- BACA: PASANG BUMBUNG PADA SKUTER SYM VTS 200, LELAKI DISAMAN JPJ
- BACA: SYM VF3i 185 LE SUDAH TERJUAL 70%. KALAU MINAT BAIK TEMPAH SEKARANG
GALERI