Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA BAGAIMANA PORSCHE 911 MENDAPAT NAMANYA?

Memilih nama kereta memang nampak mudah tetapi itulah cabaran terakhir paling besar yang dihadapi semua pengeluar ketika mahu meletakkan pasaran kereta mereka. Sebab itu juga banyak model kereta menggunakan nama berbeza untuk pasaran mereka. 

Tetapi tahukah anda Porsche juga menghadapai masalah yang sama ketika nak perkenalkan 911 buat pertama kalinya pada 1963? Ya. mereka sebenarnya berhadapan dengan krisis jenama model pada model pertama 911 yang asalnya hendak dinamakan sebagai 901.

BACA: SEJARAH ASAL USUL NAMAKAN KAWASAKI “NINJA”

Ketika hendak melancarkan model 901, Porsche mendapat surat peringatan dari negara jiran Prancis. Lebih tepat – Peugeot memberi amaran bahawa model yang menggunakan tiga nombor dengan nombor “0” ditengahnya dengan sudah dipatenkan oleh Peugeot.

Model Peugeot waktu itu antaranya 304, 504 dan logiknya, Peugeot masih menggunakan angka “0” di tengah susunan model sehingga ke hari ini.

Jadi apa yang dilakukan oleh Porsche?

BACA: APAKAH ASAL USUL NAMA NSX?

Mereka sudah mencetak lencana “901” pada model asal di bahagian but belakang, papan pemuka dan menukarnya pada logo lain akan memakan masa dan kos.

Keputusan diambil. Mereka gantikan nombor “0” di tengah dan gantikannya dengan “1”. 

Jadi, lahirlah 911 pertama dan siapa sangka, ia terus kekal digunakan sehingga ke hari ini.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button