Buletin

PENIPUAN CUKAI JALAN, ROLLS ROYCE DATUK ALIFF SYUKRI ANTARA YANG DISITA SEMALAM

Ya. Anda tak salah baca. Sebuah Rolls Royce milik selebriti terkenal Dato Aliff Syukri antara yang disita pihak berkuasa malam semalam dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Menurut laporan Berita Harian, Ops Patuh yang dikendalikan semalam di salah satu lokasi Kuala Lumpur di Jalan Bangsar menahan sebuah Roll Royce yang dipandu oleh seorang warga Australia.

Beliau didapati bersalah kerana memandu tanpa lesen yang sah di negara ini.

Siasatan juga mendapati kereta yang dipandunya merupakan kereta sewa yang dimiliki oleh firma milik Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik terkenal negara ini. 

BACA: POLIS SITA LAMBO MILIK DATO SERI

Semuanya nampak betul, kecuali pihak berkuasa mengesan bahawa cukai jalan (LKM) yang dibayar tidak mengikut lokasi yang tepat. Ia dibayar di Sarawak (yang jauh lebih murah) dan adalah menjadi satu kesalahan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, jumlah cukai jalan sebenar yang perlu dibayar ialah lebih RM20,000. 

Sementara kereta ini hanya membayar RM5,873 dan ia menjadi satu kesalahan penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM.

Kenderaan ini dikatakan akan disita dan pemiliknya dikehendaki membayar baki cukai LKM yang sepatutnya.

Dalam operasi semalam, pihak JPJ turut menjalankan pemeriksaan terhadap 42,478 buah kenderaan dan sebanyak 21,613 saman diberi atas pelbagai kesalahan .

 

 

 

 

Google ads
Back to top button