
TAHUKAH ANDA? DI INDIA 17 ORANG MATI SETIAP HARI AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA.
Ya. Ia adalah angka yang menakutkan. Di India, kemalangan jalanraya merupakan punca kematian tertinggi yang meragut nyawa 17 mangsa setiap jam.
Menurut menter pengangkutan India Nitin Gadkari, mereka gagal meningkatkan aspek kesedaran dan keselamatan jalanraya sehingga mencatatkan kemalangan tertinggi di rantau tersebut.
Laporan menyebut 146,133 orang mati dalam 501,423 kemalangan yang direkodkan pada tahun 2015, peningkatan lebih 5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Lebih setengah juta dari mangsa kemalangan ini juga dilaporkan cedera.
Punca kemalangan menunjukkan lapan dari 10 kemalangan yang berlaku adalah akibat kelalaian pemandu yang mana 62 peratus adalah disebabkan kelajuan.
BACA: SKUTER HONDA METROPOLITAN PASARAN INDIA
BACA: INDIA MULAKAN PRODUKSI APRILIA SR150
Gadkari berucap dalam satu sidang media: “Kemalangan jalanraya membunuh lebih ramai rakyat India berbanding keganasan atau bencana alam dan kita jarang bercakap tentangnya. Ia sangat menyedihkan saya kerana segala usaha yang dilakukan tidak menampakkan sebarang hasil”
Beliau juga memberitahu kementeriannya sedang dalam kajian mengembangkan jalinan lebuhraya daripada 96,000 km kepada 200,000 untuk menyuraikan trafik dan meningkatkan infrastruktur jalanraya.
Usaha lain ialah meningkatkan kualiti jalan, mengenalpasti kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan memasang kamera automatik untuk mengesan pesalah trafik.
FOTO ASKIDEAS