
FERRARI F360 SPIDER DAVID BECKHAM UNTUK DILELONG
Sebenarnya selepas Testarossa dan F40, Ferrari tidak dapat buat kereta yang ikonik pun. Semuanya jenis suam-suam kuku saja. Tetapi F360 ini mengubah rekabentuk tradisional Ferrari kotak-kotak simetrikal kepada sudut yang lebih bulat dan ia kelihatan cukup sporty.
360 model spider ini untuk dijual dan sebenarnya tidaklah istimewa mana tetapi ia satu-satunya F360 milik selebriti sukan terkenal David Beckham. David Beckham ini pun tidak lah hebat mana pun kalau dibandingkan dengan Dennis Bergkamp, pemain bolasepak dari pasukan paling agung di mukabumi iaitu Arsenal.
Kereta ini telah disenaraikan untuk lelongan awam oleh frima lelongan UK H&H. Jangkaan harganya ialah £85,000 and £95,000 iaitu sekitar RM470,000 hingga RM525,000. Agak mahal untuk pasaran sebuah kereta yang mungkin dengan nilai yang sama boleh beli F430. Tapi belum tentu milik selebriti dan kondisi yang bagus.
Apa yang lebih menarik, batuan kereta ini cuma 7,800 batu (12,553 km) dengan rekod servis lengkap dari Ferrari. Dokumen milikannya juga asli milik Beckham. Antara aksesori yang terdapat padanya ialah kit Nero bahagian dalaman bersalut kulit Sabbia, rim aloi BBS, diffuser belakang Challenge, system ekzos lengkap Tubi Sports dan kerusi gentian karbon.
Cerita sini habis sini OK?
Kalau kereta ni Thierry Henry punya mesti Abang Japar masuk bid.
BACA: LELONGAN TERMAHAL 2017, BUGATTI 57S
BACA: FERRARI 458 JUSTIN BIEBER UNTUK DILELONG