Motosikal

INDIA MULAKAN PRODUKSI APRILIA SR 150

Setelah mempamerkan model Aprilia SR 150 di Delhi Auto Expo 2016, kini skuter berkenaan bersedia memulakan produksinya di India.

aprilia-sr150-2016-mekanika (3)

Berpenampilan sporty, skuter milik Aprilia itu menggunakan enjin Vespa. Pihak Piaggio India berkata pihaknya mempertaruhkan Aprilia SR150 ke segmen yang besar di India.

Hal ini kerana kalangan anak muda memiliki selera tinggi terhadap motor  yang memiliki karakter sporty. Bahkan, penjualan varian skuter terus tumbuh pesat di negera itu.

aprilia-sr150-2016-mekanika (4)

Skuter berkenaan menggunakan enjin 150cc satu silinder yang mampu menghasilkan kuasa 11.4hp dan tork 11.5Nm.

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi CVT.  Untuk memberhentikan jentera dengan yakin, Aprilia menggunakan cakera berukuran 220 mm di roda hadapan dan brek dram 140mm di belakang.

aprilia-sr150-2016-mekanika (5)

Rim bersaiz 14 inci dibalut dengan tayar 120/70 memberikan cengkaman meyakinkan ketika tunggangan.

Penampilan SR150 yang menerima kesan sporty adalah hasil inspirasi adiknya Aprilia SR 125.

Sumber Foto: Zigwheels

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button