TAHUKAH ANDA KERETA YANG KALAHKAN BUGATTI CHIRON DALAM ANUGERAH TOPGEAR?
Mereka yang gemarkan dunia automotif pasti kenal sangat dengan majalah permotoran TopGear. Majalah ini memang popular dengan sudut laporan yang menggabungkan fakta dan hiburan tersendiri.
Setiap tahun TopGear akan mengeluarkan siri pengiktirafan yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Kereta Prestasi Tahunan (Performance Car of the Year).
Model yang memenangi anugerah ini kadang-kala tidak terlintas di fikiran dan naik harian apabila ia terpilih.
Memandangkan ini adalah TopGear jadi apa ada hal.
Pemenang Anugerah Kereta Prestasi Tahun 2018 baru sahaja diumumkan dan pemenangnya ialah Alpine A110 yang dikeluarkan oleh Groupe Renault.
Harus diakui Alpine adalah jenama legenda dan ikonik dan senarai pendek yang terdiri daripada 13 model bagi anugerah tahun ini hebat-hebat belaka.
Di antara model hebat yang tersenarai ialah Bugatti Chiron, Ferrari 488 Pista, Porsche 911 GT2 RS, McLaren 600LT dan semuanya dikalahkan oleh Alpine A110.
Pemilihan untuk anugerah ini bukan dibuat sebelah mata, para jurnalis TopGear mengumpul dan menguji kesemua kereta di litar Circuit de Charade, Perancis.
Selain ujian litar, TopGear turut memandu Alpine A110 sejauh 643 km di Perancis sebelum tiba di Circuit de Charade.
Hasilnya ialah TopGear mendapati Alpine A110 adalah sebuah kereta yang hebat dan seimbang, ada sentuhan yang kuat dan kuasa yang longgar. Ianya adalah pemanduan sejati dan inilah Kereta Prestasi TopGear 2018.
Kemenangan Alpine A110 ini juga menunjukkan satu perkara iaitu tidak kira hebat mana sesebuah kereta ia masih tidak dapat menandingi sebuah kereta yang rasa asli dan sejati dengan pemandu.
Rasa ‘raw’ tidak dapat menyaingi teknologi moden walaupun ia canggih dan jitu.
Berikut ialah ciri-ciri Alpine A110 dan tidak hairan mengapa jurnalis TopGear menggemarinya:
- Dua varian iaitu A110 Pure dan A110 Légende
- Kereta yang ringan dengan berat hanya 1,080 kg
- Dilengkapi enjin 1.8 liter turbo berkuasa 248 hp
- A110 Pure dibina untuk mempunyai fokus di antara pemandu dan mesin dengan konsep minimalis
- Menggunakan kerusi Sabelt dengan berat hanya 13.1 kg
- Dilengkapi rim aloi ringan 17 inci
- Kerusi balutan kulit dan mikrofibre dan kemasan dalaman gentian karbon kusam
- A110 Légende pula dilengkapi dengan komponen mewah
- Model pengenalan A110 Première Edition sebanyak 1,955 unit habis dijual dalam masa lima hari sahaja
BACA: BUGATTI RECALL 2 UNIT CHIRON KERANA BEG UDARA – TERBANGKAN TEMPAT DUDUK KE PERANCIS UNTUK DIBAIKI
BACA: BUGATTI CHIRON KINI DITAWARKAN DENGAN BUMBUNG KACA. OK. SILA BELI YANG INI.