Buletin

ALPINE A110 SAN REMO 73 – DNA RALI DENGAN UNIT TERHAD

Sekitar 50 tahun yang lalu, tiga buah model Alpine A110 Berlinettes telah membuat kemunculan yang gemilang di perlumbaan World Rally Championship Rallye San Remo dengan dua daripadanya berjaya menaiki podium. Kereta no. 1 yang dipandu oleh Jean-Luc Thérier berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Dan paling menarik sudah tentu kejayaan Alpine ketika itu untuk muncul juara sulung keseluruhan bagi WRC yang pertama kali diadakan ketika itu.

Dan untuk tahun 2023 ini, Alpine berhasrat untuk meraikan ulang tahun kemenangan tersebut dengan memperkenalkan model Alpine A110 San Remo 73, khusus untuk para peminat dan pengumpul model Alpine ini. Model ini hanya dikeluarkan dalam edisi terhad, sejumlah 200 unit sahaja.

Model Alpine A110 ini asalnya merupakan sebuah kereta sport yang dihasilkan oleh pembuat dari Perancis ini pada tahun 2017. Dan untuk mengimbau semula, Alpine mengabadikan livery rekaan kereta juara kepada kereta yang moden Alpine A110 ini.

Penampilan paling ketara sudah tentulah warna Caddy Blue yang membaluti warna badan kereta ini, warna yang sama digunakan ketika memenangi Rallye San Remo. Beberapa bahagian seperti kiri bonet hadapan serta pintu mempunyai rekaan warna putih / hitam bagi menyerupai kereta rali lagenda tersebut.

Jika model dahulu dilayangkan dengan warna merah di atas bumbung, untuk Alpine A110 ini, ianya telah menggunakan carbon fiber yang berwarna merah untuk memberikan lebih nilai eksklusif disamping dapat mengurangkan berat kereta. Bahagian kabin sudah semestinya penggunaan tempat duduk bucket yang disulam dengan perkataan ‘World Champioship 73’. Dan sebagai sebuah model eksklusif dan terhad, setiap model didatangkan dengan plak ukiran yang tertera no. dari 1 – 200.

Sistem ekzos kereta ini turut diberikan tingkat taraf yang mana ianya menggunakan sistem ekzos aktif sport daripda Alpine sendiri bagi menghasilkan bunyi yang lebih garang. Barulah ada feel sebuah kereta rali.

Manakala bahagian rim, model ini telah menggunakan rim Gloss White Grand Prix Brilliant Blanc bersaiz 18 inci yang digandingkan dengan kaliper brek Brembo berwarna hitam yang berupaya untuk mengawal kereta yang cukup laju ini. Secara standard, kereta ini menggunakan enjin 1.8 liter turbo empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 300 HP dan 251 Nm. Kuasa pecutan dari 0 – 100 km/j adalah 4.2 saat.

Harga yang boleh dibeli oleh model ini adalah £77,990 (RM422633).

BACA : ALPINE A110 R FERNANDO ALONSO, RINGAN, LAJU DAN TERHAD

BACA : POLIS PERANCIS TERIMA DUA UNIT AWAL KERETA PERONDA ALPINE A110S

Google ads

B K

Back to top button