Buletin

DI UK, MAZDA ATASI JENAMA ASIA DAN EROPAH LAIN DALAM INDEKS KHIDMAT PELANGGAN J.D. POWER

Di negara kita, kebiasaannya dua jenama utama Asia disebut-sebut sebagai opsyen paling bagus dalam menawarkan pengalaman pemilikan terbaik. Di United Kingdom lain pula halnya berdasarkan keputusan Kajian Indeks Kepuasan Khidmat Pelanggan (CSI) J.D. Power 2017 ini.

Mencatat skor paling tinggi dengan 800 markah ialah Mazda. Skor itu berada di atas Toyota dengan 793 markah dan disusuli oleh beberapa jenama lain seperti Mini; 785 markah, Hyundai; 783 markah dan Honda; 778 markah.

Paling menarik apabila pada tahun 2016, Mazda sebenarnya berada di kedudukan paling bawah carta dengan 717 markah.

Kajian CSI J.D Power sudah memasuki tahun ketiga di mana ia mengukur kepuasan pelanggan mengikut pengalaman mereka di pusat servis milik pengedar francais untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan. Terdapat lima perkara yang dikaji seperti berikut:

  • Kualiti servis (26%),
  • Insiatif servis (23%),
  • Penasihat servis (19%)
  • Khidmat ambil dan hantar kenderaan (17%)
  • Kemudahan di tempat servis (16%)

Purata skor untuk kenderaan jenama massa ialah 766 markah dan turut dikongsi oleh beberapa jenama terkenal Asia dan Eropah.

Untuk jenama premium pula, menduduki tangga teratas ialah Land Rover dengan 808 markah mengatasi Audi dengan 806 markah dan BMW; 797 markah. Pada 2016, Land Rover berada di tempat kedua dengan 773 markah.

BACA: JD POWER 2016 – VIOS, AVANZA, CX-5 & MYVI UNGGULI SEGMEN MASING-MASING  

Kajian Indeks Kepuasan Khidmat Pelanggan (CSI) UK J.D. Power 2017 dibuat berdasarkan kaji selidik terhadap 6,753 responden yang mendaftar kenderaan baharu mereka dari Februari 2014 hingga April 2016. Kajian tersebut dibuat dari Februari hingga April 2017.

Google ads
Back to top button