Artikel PilihanBuletin

GEELY MAHU TUKAR LOTUS JADI PESAING PORSCHE DAN FERRARI

Lotus, pembuat kereta ikonik British yang telah melalui pelbagai fasa. Dari zaman kegemilangan sampailah kegelapan sehinggalah kini ia dimiliki oleh gergasi Geely dari China. Kelihatannya, Lotus sudah ada masa depan dengan pelaburan wang besar daripada syariakt China itu.

Menurut Automotive News, Geely sedang mempertimbangkan untuk melabur sekurang-kurangnya USD1.9 billion (RM7.8B) untuk membolehkan jenama itu bersaing dengan nama-nama besar seperti Porsche. Sumber laman web itu memberitahu Geely mahu membangunkan pusat latihan dan kajian baru di UK sebagai sebahagian daripada pelaburan tersebut.

Juga dilaporkan Geely mahu menambah pegangan saham dari 51 peratus menerusi syarikat Etika Automotive yang kini memegang baki 49 peratus. “Geely komited untuk mengembalikan Lotus sebagai jenama mewah Global,” menurut jurucakap Lotus.

Geely juga merancang untuk membesarkan kilang pengeluaran Lotus di Hethel UK dengan melantik 200 jurutera baru. Mereka juga merancang untuk membina kilang kedua di UK, berkemungkinan di bahagian Barat Midlands. Sebuah lagi pusat inovasi dan rekabentuk dicadangkan untuk dinaikkan disekitar Coventry.

Ia adalah sebahagian dari pembangunan yang dibuat untuk jangkapanjang. Buat masa ini, Geely sudah ada pelan khusus kilang produksi baru Lotus di China.

Tags
Google ads
Back to top button