Buletin

MESIN POTONG RUMPUT HONDA MEAN MOWER V2 MASUK LITAR LUMBA!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sebelum ini kami pernah tulis mengenai mesin pemotong rumput Mean Mower V2. Projek ini adalah idea gila-gila Honda dan dibina oleh Team Dynamics yang merupakan rakan Honda dalam perlumbaan British Touring Car Championship (BTCC).

Apa jadi selepas Mean Mower V2 ini siap? Adakah disimpan di garaj Honda?

Sama seperti idea binaan yang gila-gila, Mean Mower V2 dibawa ke litar Brands Hatch.

Adakah Mean Mower V2 ini digunakan untuk potong rumput di tepi litar?

Tidak. Buat pertama kalinya dalam sejarah Brands Hatch, sebuah mesin pemotong rumput dibawa untuk mengelilingi litar sempena perlumbaan terakhir kejohanan Dunlop MSA BTCC pada 30 September lalu.

Sebagai imbas kembali, Mean Mower V2 ini nama sahaja mesin pemotong rumput tetapi kuasanya luar biasa.

Mean Mower V2 dibina oleh Team Dynamic menggunakan enjin 999cc Honda Fireblade SP. Mesin pemotong rumput dengan enam kelajuan ini mempunyai kuasa 190bhp pada 13,000 rpm dan mampu memecut sehingga 241 km/j!

Ini bukan mesin pemotong rumput biasa-biasa jadi masuk akal apabila Honda membawanya ke litar Brands Hatch. Nisbah kuasa kepada berat ialah 1000bhp/tan. Mean Mower V2 asalnya adalah mesin pemotong rumput Honda HF 2622.

Tugas memandu di litar Brands Hatch diberikan kepada pelumba profesional Jess Hawkins.

Jadi apa sebenarnya motif Honda membina Mesin Rumput paling berkuasa atas muka bumi ini?

Sengaja dan untuk menunjukkan kepelbagaian produk Honda, karakter produk yang sporti dan sebagai manifestasi kepada salah satu syarikat paling inovatif di dunia.

BACA: MESIN RUMPUT HONDA MEAN MOWER BAKAL KEMBALI! 241 KM/J YOB!

BACA: HONDA CIVIC TYPE R PIKAP – INI BUKAN CUBAAN, INI BETUL-BETUL!

Tags
Google ads
Back to top button
Close