
TAK PUAS HATI DISAMAN, PENUNGGANG MABUK BAKAR MOTOR SENDIRI
Seorang lelaki yang ditahan di Delhi, India kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai tpo keledar, tiada dokumen pendaftaran kenderaan dan mabuk membuat tindakan yang tidak dijangka selepas disaman.
Dikenali sebagai Rakesh, pekerja restoran itu dilapor begitu marah dengan saman berjumlah Rs 16,000 (RM933) itu. Jadi, dia mula bertindak agresif ke atas pegawai polis trafik yang menahannya. Berang melihat motosikalnya hendak disita, dia menendang motosikal itu hingga jatuh.
Dia kemudian melawan dan membuka penutup tangki minyak. Belum sempat polis mengawal tindakan agresifnya, Rakesh didakwa menyalakan mancis dan membakar motosikalnya itu. Pada pendapatnya, biar semua orang tidak dapat menunggang motosikal tersebut.
Selepas agak tenang, lelaki itu digari dan dibawa ke ibu pejabat polis untuk didakwa. Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan dikenakan tuduhan tambahan atau tidak.
Apa yang pasti, dia mungkin perlu menjalani sesi mengawal kemarahan.
*gambar sekadar hiasan