Buletin

MARAH KERETA TAK MAU HIDUP, WANITA BAKAR FORD TAURUS MILIKNYA

Seorang wanita dari Lancaster County di Pennsylvania, Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan melakukan pembakaran secara sengaja dan membahayakan orang lain selepas membakar sebuah Ford Taurus miliknya.

Dia mengambil keputusan tersebt kerana marah kereta itu tidak dapat dihidupkan.

Menurut satu afidavit yang ditulis oleh seorang pegawai peronda polis, Adam Zinn, dia diminta unuk pergi ke satu kawasan parkir kenderaan kerana terdapat laporan sebuah kereta terbakar.

Sebaik sampai di tempat kejadian, Zinn berjumpa dengan Amanda B Silliman, 36, yang mengaku membakar keretanya itu.

“Amanda memberitahu keretanya rosak. Dia yang marah mengambil sehelai baju dan menyemburnya dengan minyak wangi, sebelum menyumbatnya ke dalam corong minyak dan membakarnya,” jelas Zinn.

Akibatnya, Taurus tahun 2002 itu musnah sepenuhnya. Sepasukan bomba daripada Jabatan Bomba Sukarela Chestnut Ridge terpaksa bergegas untuk memadam kebakaran.

Selain tuduhan di atas, Amanda juga didakwa atas tuduhan jenayah, memiliki barangan berbahaya dan berkelakuan buruk.

Google ads
Back to top button