Motosikal

TAK SAMPAI 5 MINIT. KTM RC 8C 2022 HABIS TERJUAL

Jentera terbaharu KTM RC 8C 2022 tidak mengambil masa yang lama untuk dijual apabila ia habis terjual dalam tempoh 4 minit 32 saat sahaja!!!

KTM RC 8C terhad kepada 100 unit itu dijual pada harga £30,999 (RM178,400).

Model  khas untuk kegunaan di litar lumba itu mendapat khidmat enjin dwi-silinder selari LC8c sama seperti model 890 Duke R tetapi dengan talaan baharu dan mampu menjana kuasa mencecah 128hp.

Jentera dengan berat kering 140 kg tersebut didatangkan rim Dymag dan dibaluti tayar slick Pirelli SC1.

Ia turut hadir dengan sistem ekzos Akrapovic, brek Brembo Stylema, sistem suspensi WP Suspension Pro.

KTM turut membuka senarai menunggu jika terdapat pembeli yang berubah fikiran dalam pembelian mereka. – rideapart

Google ads
Back to top button