Motosikal

KTM 250 ADVENTURE, 390 ADVENTURE MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM21,500

KTM Malaysia melancarkan dua model baharu, 250 Adventure dan 390 Adventure dalam pasaran negara.

Jentera tersebut menawarkan dua pilihan warna jingga hitam dan jingga putih untuk peminat motosikal itu.

KTM 250 Adventure dijual pada harga RM21,500 manakala 390 Adventure pula didatangkan dengan tag harga RM30,800.

Dua model baharu itu menampilkan rekaan lebih menarik seperti 790 Adventure dengan tempat duduk lebih memanjang, tangki lebih kecil, lampu utama moden dan dipadankan radiator baharu bersama dua kipas penyejukan.

Model 250 Adventure dibangunkan dengan kerangka baharu daripada KTM 450 Rally dipadankan bar hendal keluli lebih tirus dan tahan pudar.

Dalam pada itu, kedua model memiliki ketinggian tempat duduk 855 mm dan tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter.

Jentera 250 Adventure memiliki berat kering 156 kg itu didatangkan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper brek 4 piston di bahagian hadapan.

Selain itu, ia turut dilengkapi sistem suspensi fork WP APEX 43 di bahagian hadapan manakala WP APEX monoshock di belakang.

250 Adventure mendapat khidmat enjin satu silinder 248.8 cc DOHC yang mampu menjana kuasa mencecah 30hp dan tork 24 Nm.

 Jentera 390 Adventure pula yang lebih berkuasa dijana enjin 373cc DOHC dengan kuasa 43hp dan tork 37Nm.

Kedua model dipadankan kotak gear enam kelajuan klac slip and assist.

390 Adventure memiliki berat kering 158 kg 390 Adventure menggunakan kerangka jenis trellis yang ringan dan teguh.

Selain itu, jentera baharu ini dilengkapi bersama panel instrumen digital TFT berwarna yang boleh dipadankan sistem KTM My Ride.

Ia turut didatangkan Kawalan Traksi Motosikal (MTC), mod tunggangan, ABS off-road dan ABS Selekoh.

Google ads
Back to top button