Buletin

TAN CHONG LANCAR PROGRAM JAMINAN LANJUTAN – TC WARRANTY PLUS

Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS), divisyen insurans Tan Chong Motor Holdings Berhad secara rasminya melancarkan satu program jaminan lanjutan untuk para pemilik kenderaan NISSAN – TC Warranty Plus.  

Program TC Warranty Plus menawarkan jaminan lanjutan daripada jaminan biasa tiga tahun (kenderaan kegunaan peribadi sahaja) untuk para pemilik kereta Nissan. Ia berkuatkuasa selepas berakhirnya tempoh Jaminan Asal Pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

TC Warranty Plus hadir bersama 3 pakej jaminan lanjutan:

Pakej EW 150  Tambahan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar. 
Pakej EW 200  Tambahan selama empat tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan untuk tahun keempat dan kelima adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar. Manakala jaminan untuk tahun keenam dan ketujuh melibatkan tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng).
Pakej EW 25  Tambahan selama satu tahun, 25,000km atau dua tahun, 50,000km (mana-mana tiba dahulu) ke atas tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng) untuk kenderaan berusia kurang lima tahun di mana jaminan sudah tamat atau terbatal. 

Pengurus Besar Kanan TCIBS, Say Teck Ming berkata, “Berikutan permintaan yang tinggi terhadap jaminan lanjutan selepas pelancaran jaminan selama tujuh tahun tanpa had perbatuan oleh ETCM, program baharu ini menawarkan perlindungan tambahan. Ia juga memberikan ketenangan minda kepada pemilik kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja tambahan jika perkara yang tidak diingini berlaku.”  

Dengan setiap pendaftaran program ini, pelanggan akan diberi Promosi Terawal dan layak menerima satu set Kit Menyegarkan Semula Enjin Petrol secara percuma, sah sehingga 31 Oktober 2017. 

HARGA MODEL  EW150 (+2 Tahun) EW200 (+4 Tahun) EW25 (+1 Tahun) EW25 (+2 Tahun)
Almera (N17) RM998 RM1,588 RM488 RM976
Serena S-Hybrid (C26) RM1,998 RM2,988 RM888 RM1,776
X-Trail (T32) RM1,998 RM2,988 RM888 RM1,776

*Harga tidak termasuk GST

Untuk mengetahui harga model-model lain serta maklumat lanjut mengenai program TC Warranty Plus, sila kunjungi bengkel TCEAS dan bilik pameran ETCM berhampiran, atau hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd.: 1800-88-8185.

KEMPEN LIGA JUARA-JUARA UEFA NISSAN

PENGGANTIAN INFLATOR BEG UDARA TAKATA DI CAWANGAN TESCO

Tambahan pula, ETCM dan TCEAS telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan Penggantian Inflator Beg Udara Takata yang akan diadakan bukan sahaja di pusat servis tetapi juga di cawangan Tesco terpilih yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh Masa Lokasi
23 – 24 Sept 2017 10am – 6pm Tesco Bandar Bukit Puchong
30 Sept – 1 Okt 2017 Tesco Extra Klang
7 – 8 Okt 2017 Tesco Extra Cheras

* Lebih banyak lokasi Tesco akan dijadualkan mulai Oktober dan seterusnya.

Maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian: 1800-88-3838 atau layari web www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button