Buletin

TANDAKAN KALENDAR ANDA- RETRO HAVOC AKAN BERLANGSUNG PADA 1 APRIL 2017 DI STADIUM MUAR JOHOR

Jika ada satu acara pameran yang bersifat santai dan bersifat “grassroot” maka saya akan pilih Retro Havoc. Ia adalah pameran kereta-kereta retro atau olskool yang dijalankan oleh sekumpulan anak muda kerana MINAT. Tiada penaja besar, lokasi pun ala kadar dan paling penting, ia cukup meriah menghimpunkan beratus buah kereta “sekolah lama”

Walaupun dalam skala kecil, sambutan Retro Havoc semakin meriah setiap tahun. Bagi penganjuran pusingan keempat, ia bakal diadakan di Stadium Muar, Johor pada 1 April nanti dan kepada anda yang mengikuti perkembangan event ini, saya rasa tahun ini bakal jadi lebih meriah kerana lokasi yang teratur (kalau dibandingkan dengan tempat letak kereta di Puchong tahun lepas)

Apa yang menarik? Selain OMG (Olskool Mega Gathering), Retro Havoc biasanya menampilkan kereta-kereta yang jarang dilihat atas jalan. Di sini juga boleh lihat bagaimana kereta olskool yang asal boleh bersama dengan kereta kereta olskool yang sangat dijaga rapi. Mereka berkumpul dalam satu acara.

Selain pameran, kereta juga dianugerahkan dengan pelbagai hadiah menerusi kategori berbeza. Apa yang lebih menarik, di sini juga anda boleh berjumpa dengan selebriti terkenal seperti Shojie Inou dari Sta Road Jepun dan juga penulis Speedhunters yang tershor, Dino.

Buat pertama kalinya juga, Retro Havoc akan menerima tetamu dari Hong Kong. Geng Impreza ini memandu dari Hong Kong merentasi China, Laos dan Thailand sejauh 6,000 kilomneter semata-mata untuk menyertai acara ini. RESPECT!

Jadi, kalau ada masa lapang dan berkesempatan, silalah datang. Jangan bimbang. Aiman Tino tak ada.

BACA: OLSKOOL MEGA GATHERING 2016

BACA: PROTON SAGA DENGAN ENJIN V8

 

Google ads
Back to top button