
TCIE SERAH TRAK UD TRUCKS QUESTER
Pengedar tunggal rasmi UD Trucks di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd. (TCIE) baru-baru ini telah menyerahkan kumpulan pertama trak tugas berat serba baharu dari Jepun, Quester kepada pelanggan setianya, Kim Ma Oil Palm Transport Sdn. Bhd. (Kim Ma).
Quester ialah rangkaian terbaharu UD Trucks yang boleh diubahsuai. Sejak diilancarkan di Malaysia hujung tahun lalu, ia telah menerima jumlah pra-tempahan yang memberangsangkan. UD Trucks ialah satu jenama di bawah Volvo Group.
Dibina berasaskan kepada platform trak tugas berat yang moden dan serba baharu, rangkaian model Quester direka untuk memberi perkhidmatan dalam pelbagai tugas di sektor perlombongan, pembinaan, pengedaran dan pengangkutan jarak jauh di pasaran Asia yang semakin berkembang.
Majlis penyerahan trak diadakan di ibu pejabat TCIE di Batu Caves. Majlis tersebut menandakan pembelian 15 unit Quester oleh Kim Ma. Sudah beroperasi selama lebih 25 tahun, langkah Kim Ma membeli Quester nyata tidak mengejutkan kerana syarikat itu telah menggunakan trak-trak UD selama lebih 20 tahun.
“Saya sudah terlibat dalam perniagaan logistik selama lebih dua dekad. Saya telah mencuba dan menguji pelbagai jenama trak. Saya dapati trak dari Jepun, terutama UD Trucks adalah yang paling sesuai dengan persekitaran perniagaan saya. Ia nyata bagus untuk jarak dekat dan jauh – daripada mengangkut kelapa sawit ke kilang minyak, hinggalah membawa produk itu ke kilang penapisan,” kata Pengarah Kim Ma, Harley Liew C.C.
Quester, Ia juga membolehkan pengubahsuaian dibuat untuk disesuaikan dengan kebanyakan keperluan pengangkutan. Pada masa sama menawarkan penggunaan bahan api mengagumkan dan kelajuan purata yang tinggi.