
MAZDA RX7 EFINI
Ini adalah RX-7 Efini, model yang diidamkan oleh semua orang 10 tahun dahulu, sekarang dan 10 tahun akan datang. Ia mempunyai daya tarikan tersendiri yang sukar dijelaskan dengan kata-kata
Tarikan itu jugalah menyebabkan harga FD3S ini tidak mahu turun-turun. Umurnya sudah melebihhi usia 20 tahun, harganya masih mahal dan kalau nak beli kenalah secara tunai.
Halangan tidak boleh mendapatkan pinjaman bank itu menyebabkan ramai peminat RX7 terpaksa menahan rasa. Tetapi, pelik juga kalau tengok kereta macam EK, DC5 yang lama-lama tu sanggup pula orang beli secara tunai.
BACA – LAGENDA MAZDA FC3S OTAI
BACA – MAZDA SEDANG HASILKAN ROTARY TERBARU
RX7 dengan warna hijau yang unik ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan muda yang berjaya. Badan asal kereta ini model keluaran tahun 1992 dengan enjin 13BREW twin turbo. Tak macam RB26DETT twin turbo, turbo berkembar pada 13B ini agak lemau. Ia dicipta untuk pergerakan sequential. 0.7 bar untuk turbin pertama pada 1,800rpm dan 0.7 bar untuk turbin kedua pada 4,000-4,500rpm.
Susunan sistem yang kompleks pada enjin rotor ini tidak disukai oleh tuner sebab memang susah nak bagi twin turbo ini laju dan power. Sebab itu majoritinya menukar kepada sistem turbo tunggal.
Sistem yang sama digunakan pada kereta Kevin. Daripada dua buah turbin kecil digantikan dengan sebuah turbin HKS T04R. Kemudian, aksesorinya bercambah kepada injap blow–off Sard, intercooler custom dengan paip sesalur aluminium, wastegate Trust 48mm, custom down pipe 3 inci dan peredam bunyi Trust titanum. Di sinilah sedapnya sebuah rotary, bunyi nyaringnya memang tak akan serupa dengan mana-mana enjin lain di muka bum ini.
Enjin rotary memang ringkas dan tidak ada banyak komponen yang bergerak. Penambahan aksesori lazimnya melibatkan beberapa bahagian luaran sahaja seperti pulley Greddy, sistem penghidup HKS Twin Power Performance dan peningkatan penghantaran bahan api dengan pam berkembar jenis perlumbaan. Aksesori seperti tangki bubble Greddy dan penapis udara K&N memaksa bateri dipindahkan ke bahagian but belakang.
Sistem penyejukannya dikuasakan lagi dengan memasang radiator Koyo dan sepasang kipas tambahan. Rotary lain macam sikit. Kalau tak kena gaya, cepat panas enjinnya. Lepas tu mulalah start tangkap apex seal. Dari situ boleh jadi pendingin hawa tak sejuk dan bermacam-macam masalah lain yang berjangkit. Bukanlah penyakit yang kronik, tapi sebagai langkah berjaga-jaga supaya Power FC tak terlebih boost, ada baiknya sediakan payung sebelum hujan.
Kereta ini tak perlukan enam gear atau dual klac untuk dipandu. Ia sebuah kereta pelumba jalanan sejati. Untuk RX7 ini, Kevin memasang pelapik klac ARC jenis twin plat. Dia punya keras pun boleh tahan jugalah.
Kereta ini dalam keadaan pekak pun sudah cukup rendah dan dipuji pengendaliannya. Kalau mengikut istilah automotif, layout enjin kereta ini ialah FMR (Front-mid- rear drive) sebab enjinnya di belakang darjah geometri roda depan. Itu menjadikan pembahagian berat kereta ni 50-50.
Badannya tak sampai 1,350kg, sebab itu boleh pecut macam pelesit. Tetapi untuk sebuah Efini yang sudah jadi ketua pelesit, suspensi lebih baik mestilah digunakan dan kereta ini menggunakan Bilstein jenis boleh laras, keras Yeop!
Untuk bahagian brek, caliper asal kereta masih digunakan. Tetapi cakeranya telah ditukar kepada yang jenis tahan panas. Padnya daripada Endless. Tak cukup lagi, guna Toyo T1R yang disarungkan pada Work Emotion CR Kai jenis bukaan saiz FR.
Bahagian dalaman bukanlah racing sembarangan. Sebelum ini guna tempat duduk Bride Low Max full bucket, tapi susahnya nak keluar masuk menyebabkan ia diganti dengan tempat duduk asal Efini.
Aksesori dalaman kereta terdiri daripada Takometer dan shift light Auto gauge, meter Defi + Defi Control Unit, Turbo Timer Apexi, speed meter Pivot, Dual SBS Boost Controller Blitz, stereng Momo, knob Momo, Toggle Switches jenis karbon, seatbelt perlumbaan Sparco, pemain Kenwood dan sistem bunyi Epsilon.
Jadi bodykit apa yang digunakan? Macam-macam. Bampar hadapan ialah daripada C-West, diffuser belakang Top Secret, sayap yang tinggi belakang itu GT wing Top Secret, bonet depan jenis karbon Kevlar. Kalau anda perasan, belakang kereta ini nampak gemuk. Ya betul sekali, ia ialah kerja custom widebody yang mana kalau dalam keadaan standard, kereta ini sebenarnya memang kecil.