
Buletin
TEASER NISSAN GT-R
Nissan mendedahkan satu imej teaser jentera sport miliknya yang akan melakukan kemunculan di New York International Auto Show 2016.
Masih tiada sebarang informasi lanjut dikeluarkan tentang model berkenaan. Namun diyakini gambar tersebut merupakan bahagian belakang Nissan GT-R baharu.
Mekanika percaya bahawa model sport itu akan menerima perubahan minor pada bahagian luaran.
Nissan GT-R facelift selalunya akan menerima talaan mekanikal. Ketika ini GT-R menerima enjin 3.8 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa 545hp. Kuasa berkenaan disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik dual klac 6-kelajuan.
Difahamkan model tersebut dijangka berada di pasaran awal 2018.