
Motosikal
MOTO GUZZI V9 BOBBER & V9 ROAMER
Untuk tahun 2016, Moto Guzzi melancarkan dua model baharu iaitu V9 Bobber dan V9 Roamer . Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin 853cc V9 yang telah dikemas kini dan peningkatan kapasiti.
Bagaimanapun, penampilan kedua-dua model adalah berbeza. Model Bobber mengambil inspirasi penggayaan cruiser jalanan Amerika. Ia didatangkan dengan warna hitam matt dan tayar bersaiz besar.
Sementara Roamer pula lebih kelihatan sebagai model konvensional Moto Guzzi. Kedua-dua model dilengkapi traction control dan ABS sebagai ciri standard.
Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 54bhp dan tork maksimum 45.8lb.ft. Angka berkenaan cukupi untuk sesiapa sahaja menikmati tunggangan.