Buletin

TECHART BINA KERETA PERONDA 911 ‘PALSU’

Menerusi kempen Tune It! Safe! 2022, syarikat penala Techart telah membangunkan sebuah kereta peronda ‘palsu’ menggunakan asas daripada Porsche 911 Targa 4.

Usah khuatir, kerana ia tidak sekali-kali akan memburu anda di laluan kanan lebuh raya, sebaliknya Porsche 911 Targa 4 ini digunakan untuk tujuan mempromosikan kaedah modifikasi yang selamat dan mengikut lunas undang-undang yang benar.

Ia turut mendapat kerjasama daripada German Association of Automotive Tuners, Hankook serta rakan-rakan yang lain.

Berbalik semula kepada kereta polis ini, Techart telah memasang kit badan Aerokit yang merangkumi spoiler depan, skirt sisi, sayap belakang, diffuser belakang dan juga spoiler belakang yang telah diuji keberkesanannya di dalam terowong angin.

Jentera ini kemudian direndahkan sebanyak 40 mm menggunakan spring sports sebelum dihiasi dengan rim Formula V dari Techart, serta liveri wajib polis.

Ruang kabin pula mendapat roda stereng sports dengan indikasi posisi pukul 12, serta rekaan checkered flag pada sesetengah tempat seperti roda stereng, perehat tangan, konsol tengah dan juga tempat duduk.

Google ads
Back to top button