Buletin

MERDEDES-BENZ PENGELUAR PERTAMA DUNIA DAPAT KELULUSAN GUNA SISTEM PEMANDUAN AUTONOMI TAHAP 3

Syarikat pengeluar automotif Jerman Mercedes-Benz telah diiktiraf sebagai yang pertama mendapat kelulusan untuk penggunaan sistem swapandu Tahap Ketiga oleh UN-R157, badan regulasi United Nations yang menetapkan standard teknologi pemanduan autonomi.

Oleh yang demikian, Mercedes turut mengumumkan sistem pemanduan autonomi DRIVE PILOT boleh didapati pada model-model seperti S-Class dan EQS menjelang separuh kedua tahun 2022.

Di bawah pemanduan DRIVE PILOT, para pelanggan Mercedes boleh menikmati pemanduan autonomi bersyarat pada kelajuan 60 km/j di laluan trafik yang sibuk, serta membolehkan operasi-operasi seperti penukaran laluan, brek, dan memecut tanpa memerlukan input pemandu.

Sistem DRIVE PILOT kini boleh digunakan di sepanjang 13,191 km jaringan lebuh raya di Jerman, dan dalam masa yang sama ujian sedang dijalankan bagi membolehkannya digunakan di negara seperti Amerika Syarikat dan China.

Google ads
Back to top button