Artikel PilihanBuletin

TEKNOLOGI “KONTOL” TAYAR KALIS BOCOR SEBENARNYA PALSU

Betul ke tipu ni?

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Manipulasi foto menggunakan komputer bukanlah sesuatu yang baru. Pernah tahun lepas ada yang nakal muatnaik supermoped Kawasaki dua selinder tak lama dahulu, maka berbondong-bondonglah warganet yang percaya ada kapcai sebegitu.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah foto palsu yang menggunakan teknik super imposed.

Minggu lepas kami memuatnaik sekeping foto yang tertera perkataan “kontol” technology. Pada kita mungkin tak ada apa, tapi kontol dalam bahasa Indonesia adalah bahasa lucah sebenarnya kalau korang tak tahu.

Siapa pulak lah yang kreatif banyak masa pergi edit perkataan tersebut dan menerusi semakan kami asalnya ialah Kontrol.

Jika anda zoom dengan lebih dekat foto ini, ia jelas sekeping foto yang telah diedit menerusi perisian photoshop. Agak jelas huruf “R” telah dibuang menjadikan “Kontrol” kepada “Kontol”.

Lihat pada foto di atas di mana huruf R telah dipadamkan menggunakan teknik “clone stamp” yang terdapat pada perisian Adobe Photoshop. Sebenarnya, ia kerja mudah dan jalur-jalur sidewall tayar itu sudah jelas tidak selari selepas diedit.

TEKNOLOGI KONTROL

Ia adalah tayar daripada Hankook dan Kontrol adalah tanda niaga teknologi mereka yang telah didaftarkan.

Teknologi Kontrol adalah falsafah pada rangkaian tayar keluaran Hankook dan digunakan dalam keseluruhan proses penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran untuk semua produk mereka.

‘K’ dari Kontrol bermaksud ‘Kinetik’ atau, dengan kata lain, ‘pergerakan’. Kontrol adalah berdasarkan kepada konsep asas untuk dapat menguasai sepenuhnya interaksi antara kereta, pemandu dan permukaan jalan.

Semua produk Hankook Tire didasarkan pada konsep Teknologi Kontrol dan bertujuan untuk memberikan pengguna keseronokan  memandu melalui “prestasi, keselesaan, keselamatan dan alam sekitar”

Bukan hanya sekeping gambar, penularan itu tutur disertakan dengan satu satu video pendek bagaimana ia dikatakan mampu menampal sendiri tayar yang bocor.

Video yang dipercayai dirakam di China tersebut nampak meyakinkan bilamana sebuah SUV diuji dengan tusukan paku tetapi tidak terlihat sebarang kebocoran.

Semakan kami juga mendapati bahawa ia adalah video ujian sebuah syarikat start-up yang sedang menguji teknologi pembaikan tayar menggunakan campuran gel.

Gel ini ditampal pada tayar biasa dan membentuk satu lapisan perlindungan kepada bahagian dalaman tayar sekiranya berlaku sebarang kebocoran dan bertindak seperti sebuah tayar run flat.

TAYAR RUN FLAT SEBENAR

Tayar jenis ini banyak dipasangkan pada kereta mewah yang kompak dengan tujuan untuk mengurangkan beban membawa tayar ganti (masalah ruang lazimnya.

Berbeza dengan tayar yang biasa dipakai oleh Perodua Alza Type-R Abang Japar, tayar ini jauh lebih mahal kerana ia didatangkan dengan teknologi yang canggih.

Tayar jenis run flat menggunakan teknologi “self sealing” yang mana ia didatangkan dengan “lining” tambahan di bahagian dalam yang bertindak menutup lubang angin akibat kebocoran kecil seperti paku.

Lagi satu jenis ialah tayar run flat yang didatangkan dengan teknologi penyokong gegelang yang sebenarnya merupakan sebahagian struktur tayar itu sendiri.

Tayar jenis ini biasanya mempunyai sidewall yang lebih keras, kerana direka untuk menampung berat kenderaan sekiranya tayar tersebut bocor.

Jadi, kesimpulannya, teknologi Kontol memang tak ada.

Yang ada ialah teknologi Kontrol.

Google ads
Back to top button
Close