Motosikal

HELMET ARAI PALSU DIRAMPAS DI PULAU PINANG

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis di Jalan Rozhan, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Dalam pemeriksaan tersebut, premis terbabit didapati menjual helmet jenama Arai tiruan. Sebanyak lapan unit topi keledar dirampas.

Pemeriksaan itu dibuat berikutan aduan orang ramai terhadap premis yang menjalankan perniagaan helmet dan tayar itu. Pemilik kedai tersebut telah diambil keterangan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Sebenarnya, helmet tiruan dijual dengan cukup meluas di Malaysia. Pada pendapat kami, mungkin pihak berkuasa belum menerima aduan rasmi justeru pasaran helmet ini berleluasa. Bukan sahaja Arai, malah banyak jenama terkenal juga menjadi mangsa plagiat hakcipta.

 

 

 

Google ads
Back to top button