Artikel PilihanMotosikal

PERANG SUPER MOPED DAN FOTO KAPCAI KAWASAKI 175CC – ADAKAH IA REALITI?

Beberapa bulan lepas, tersebar foto ini. Kawasaki super moped 175cc yang dipercayai diilhamkan oleh pemain photoshop dari Vietnam. Tular dengan cepat dan ramai yang beranggapan bahawa akan hanya tinggal sebagai idea. Menjadikannya realiti adalah perkara yang mustahil.

Boleh atau tidak?

Boleh dan juga tidak boleh. Persoalan untuk teknologi ,ungkin tidak jadi masalah. Ia memang boleh dibuat, cuma menjadikannya boleh dijual adalah satu perkara lain.

BACA: MODENAS HAMPIRI PRODUKSI SUPERMOPED

Melihat kepada foto rendering tersebut jelas, pembinanya membayangkan Kawasaki akan menggunakan enjin dua selinder.

Dari segi prestasi, jawapannya ya. Dari segi pengendalian, jawapannya ya. Namun dari segi praktikal, jawapanya tidak.

Enjin dua selinder pada kapasiti 175cc hanya akan menjadikan binaannya kompleks dan mahal.

Ia memerlukan dua kebuk pembakaran, dua rod penyambung, crankshaft yang lebih besar, lapan injap dan dua aci sesondol (berandaikan susunannya DOHC). Dengan konfigurasi begini, kos membuat enjin sahaja sudah tentu menjadi sangat mahal bagi pasaran sebuah moped atau super moped.

Andaikan pula Kawasaki berkongsi enjin dengan mesin Ninja 250cc dua selinder mereka untuk mengurangkan kos dan mengurangkan sesarannya menggunakan omboh lebih kecil. Sekali lagi, ia tidak praktikal kerana enjin asal 250cc sudah direka minimum untuk kapasiti suku liter.

Menjadikannya sekecil 175cc adalah tidak susah namun mengkorrdinasikan dengan komponen rekaan 250cc dengan saiz crankshaft, perumah enjin dan gear malah saiz keseluruhan enjin itu sendiri adalah sangat berat untuk ditampung kerangka “berlian” (diamond frame) yang biasanya menjadi asas pembuatan motosikal moped.

Katakan ia menggunakan kerangka twin spar/deltabox atau kerangka trellis?

Sekali lagi, dari segi teknologi, tiada masalah. Namun menjadikannya praktikal bagi sebuah super moped adalah satu halangan besar. Jurutera perlu memikirkan rekaan baru untuk tangki bahanapi di bawah pelana, posisi penampatan bakul motor, jarak kerangka sisi dan posisi pemijak kaki (yang biasanya melintang di bawah enjin), sambungan lengan ayun belakang.

Pendek kata, dua selinder untuk super moped 175cc tidak praktikal.

Melainkan kau nak bayar RM20,000 untuk sebuah supermoped. Mungkin ada pengeluar yang sanggup bina dan jual. Mungkin dengan enjin 30-35 kuasa kuda.

Dan akhirnya, semuanya tentang kemungkinan sahaja…

Google ads
Back to top button