Buletin

TEMPAH DI VOLKSWAGEN TOUR, DAPAT REBAT ISTIMEWA RM1K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menganjurkan acara Volkswagen Tour di pusat membeli-belah 1 Utama Shopping Centre (Centre Court, Old Wing) bermula 13 hingga 17 Oktober.

Pelanggan yang menempah kenderaan sepanjang siri jelajah itu akan menikmati rebat khas sebanyak RM1,000 untuk model-model tertentu. 

Selain diskaun tambahan sehingga RM10,000, insurans percuma selama setahun dan pengecualian cukai jualan. Dengan stok sedia ada, pelanggan tidak perlu menunggu untuk mendapatkan kereta mereka. 

Sesi pandu uji turut disediakan yang membolehkan orang ramai menguji model-model seperti Arteon R-Line 4MOTION, Passat Elegance, Passat R- Line, Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line. 

Bagi memastikan keselamatan semua, acara itu akan mematuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh kerajaan serta pelaksanaan langkah-langkah #SafeHands. 

Google ads
Back to top button