
ANDA SUKA MOTORHOME? CAM CARAVAN KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
Jujur diakui, pasaran Caravan / Campervan / Motorhome di tempat kita masih jauh tertinggal. Sungguh pun demikian, pencinta aktiviti santai bersama keluarga ini semakin diminati saban hari. Brader Karrager juga tidak terkecuali. Malah, sewaktu menulis bersama GearTinggi suatu ketika dahulu, Brader Karrager ada juga beberapa kali menyiarkan artikel mengenai kenderaan ini dan pernah bertentang mata dengannya. Jatuh hati orang kata.
BACA : KW CARAVAN PARK AND CABIN STAY KINI DIBUKA
BACA : VAN, PELANCONGAN DAN CHINA. APA SEMUA INI?
Sebelum ini, Kumpulan Sendok pernah mengeluarkan model Plutus Campervan yang berasaskan model pikap. Harganya pula jenis membuatkan peminat aktiviti ini istigfar panjang untuk memilikinya. Namun masih ada juga organisasi korporat membelinya dengan menjadikannya sebagai Pejabat Bergerak. Bijak juga idea pemasaran sebegini. Staff yang ke luar kawasan pun tak perlu sibuk-sibuk nak kena tempah hotel bagai.
Menyedari bahawa model Plutus berkenaan sukar untuk dijual secara massa dengan harga yang bersamaan dengan rumah sederhana mahal, Kumpulan Sendok sekali lagi mencuba nasib dengan cuba menjual pula model CAM Caravan apabila memuat naik gambar rasmi di laman media sosial mereka. Dan Brader Karrager pun segeralah menghubungi Mr Wing, selaku orang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Caravan ini. Kenalan Brader Karrager juga sebetulnya.
Model CAM Caravan ini dibina berasaskan sebuah van dengan menggunakan enjin petrol 2.2 liter. Memperlihatkan dalam gambar, ianya bersesuaian untuk digunakan sebuah keluarga kecil sahaja. Ibu, bapa dan dua orang anak yang masih kecil.
Ruang tempat duduk penumpang di bahagian belakang siangnya boleh juga dijadikan sebagai ruang makan, manakala pada malam hari boleh disusun untuk dijadikan sebuah tempat tidur. Selesa? Belum tentu. Nak selesa boleh hampar toto di luar. Harus barang diingat, falsafah mereka yang terlibat di dalam aktiviti luar sebegini adalah meluangkan masa bersama ahli keluarga menjadi keutamaan. Jadi, harus ada kompromi bab selesa ini.
Kalau tengok dalam gambar, sebuah TV nipis bersaiz besar akan tersedia. Walau bagaimana pun, menurut Mr Wing hanya TV nipis bersaiz 14 inci sahaja berkemungkinan yang akan di pasang kelak. Kira oklah kan. Boleh juga tonton siri Aurora tanpa terlepas episod kan.
Kemudahan asas lain yang terdapat CAM Caravan ini termasuklah dapur elektrik untuk memasak berserta sinki kecil bagi kegunaan membasuh. Manakala di hujung pula terdapat sebuah tandas bersaiz AirAsia untuk digunakan sewaktu mengalami kecemasan. Tangki air yang sebesar 70 liter pula mampu memastikan penumpang tidak perlu mencari batu untuk beristinjak. Sebuah pendingin hawa turut dipasang di bahagian bumbung van bagi memastikan tidur lena di malam hari.
Manakala dua unit bateri yang berasingan turut tersedia untuk memberikan bekalan kuasa berserta dengan sambungan soket elektrik turut tersedia sewaktu berada di tapak perkhemahan. Jadinya, berapakah harga untuk mendapatkan sebuah unit ini? Menurut Mr Wing lagi, harga promosi yang ditawarkan adalah serendah RM128,000 sahaja kerana harga sebenarnya mampu menjangkau sehingga ke RM140,000 walau pun ianya dipasang secara unit pemasangan terurai (CKD).
Barangkali, orang kaya seperti Haji Sepat yang punya wang berkoyan pasti tiada masalah untuk memilikinya. Percayalah, CAM Caravan ini pasti berbaloi untuk dimiiki. Boleh pusing satu dunia. Buat tetapan masa, ngam-ngam sampai Mekah musim Haji tahun depan, amacan?
Boleh hubungi Mr Wing di talian 010-2266456 untuk membuat tempahaan dan pertanyaan lanjut.