Buletin

TAK PERLUKAN CAMPERVAN, LELAKI INI TIDUR DALAM GR86!!

Kereta sports dua pintu, kita semua maklum ia merupakan pilihan yang sporti, namun kurang praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Namun, seorang pemilik Toyota GR86 di Jepun membuat keputusan untuk bermalam dan tidur di dalam kereta miliknya di kawasan letak kenderaan yang kosong.

Untuk tidur dengan selesa, sudah pasti kita semua memerlukan ruang yang rata, dan lelaki itu dilihat membawa kelengkapan yang diperlukan untuk bermalam ‘dengan selesa’ di dalam ruang GR86 yang sempit itu.

Antaranya termasuklah beg penyejuk, meja kayu yang dibina sendiri serta beberapa lampu LED, manakala kesemua tingkap ditutup dengan menggunakan tirai kustom.

Di Jepun sendiri, terdapat beberapa pilihan kei-car yang sesuai untuk digunakan untuk bermalam disebabkan oleh bentuk badan yang berpetak dan ruang dalaman yang lebih luas berbanding GR86.

Yang pasti, tepuk dada, tanyalah poket dan selera anda. – Youtube Koooo Drive & Camp

Google ads
Back to top button