Buletin

3S HONDA DENGAN KONSEP PUSAT MEMBELI-BELAH DIBUKA DI BANDAR BOTANIC KLANG

Honda Malaysia semalam membuka pusat 3S terbaharu di Bandar Botanic, Klang yang pesat berkembang.

Dikendalikan oleh Botanic Auto Mall Sdn. Bhd. (Botanic Auto Mall), ia pasti memberi kemudahan kepada pelanggan Honda di kawasan Kelang dan sekitarnya, termasuklah Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya.

Botanic Auto Mall telah melabur sebanyak RM22 juta ke atas pusat 3S tersebut. Dilengkapi fasiliti terbaik dan mematuhi standard terkini Honda, ia dibangunkan di atas tanah seluas 1.7 ekar dengan kawasan bangunan paling besar di wilayah tengah iaitu 72,000 kaki persegi.

Terletak berhampiran dengan kemudahan lain seperti pejabat pos, klinik, stesen minyak, pusat membeli-belah dan hypermarket, pusat 3S itu mudah diakses melalui lebuh raya KESAS.

Apabila stesen MRT 3 yang terletak di belakang pusat servis 3s itu, pelanggan boleh menyelesaikan urusan mereka apabila kereta diservis.

Pusat 3S itu mempunyai 24 rung penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 120 buah kenderaan sehari. Selain itu, ia turut dilengkapi tiga buah lounge pelanggan, kafe, surau dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, kemudahan itu direka seperti sebuah pusat membeli-belah untuk keselesaan pelanggan.

Sejak awal tahun 2017, Honda Malaysia telah merekodkan jualan yang konsisten. Sekali gus mengukuhkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 untuk keseluruhan TIV.

Semua model keluarannya menerima maklum balas positif dengan jualan jualan melebihi 70,800 unit segingga 31 Ogos 2017. Dengan pelancaran model baharu untuk 2017, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan 100,000 unit pada tahun ini.

Hubungi pusat 3S Botanic Auto Mall di talian 03-3319 3387 (jualan dan servis) atau kunjungi mereka di Lot 143100, Jalan Kasuarina 13/KS 017, Ambang Botanic, 41200, Klang Bandar DiRaja, Selangor.

Maklumat lanjut, layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button