Buletin

PETUGAS TERIMA SUMBANGAN CARAVAN DARI GO DADDY MOTORSPORT

Selain merupakan “bencana” kepada dunia, pandemik COvid 19 juga telah melahirkan ramai insan istimewa yang sanggup berkorban untuk masyarakat.

Para petugas barisan hadapan sanggup menggadaikan nyawa demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan saban hari kita dapat melihat pelbagai lapisan masyarakat dan NGO menderma pelbagai barang dan keperluan untuk perwira kita.

Semalam berlangsung upacara ringkas penyerahan dua unit Caravan milik Go Daddy Motorport yang akan digunakan oleh petugas PGA di Morib.

Majlis Penyerahan pinjaman 2 Unit Caravan tanpa obligasi petugas-petugas Op Covid Shield [Op Nyah I Selangor] Batalion 4 PGA.

Sumbangan diterima oleh Supt. Zulafendy Bin Hassan, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA daripada Dato’ Mohd Khairul dari Go Daddy Motorsport Autotrade Sdn Bhd dan En. Zainizam Hasan dari Akas Tekad Sdn Bhd

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada semua petugas-petugas Op Covid Shield [Op Nyah I Selangor] Batalion 4 PGA melalui Subtek Platun untuk diagihkan kepada semua petugas.

Selepas majlis penyerahan Pegawai Pemerintah Bn 4 PGA juga turut membuat tinjauan/pemantauan di beberapa lorong-lorong tikus dan jeti-jeti haram bagi mengatur bentuk penugasan yang lebih efisyen.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#TerimaKasih
#MogaMurahRezekiPenyumbang
#AllahMerahmatiAnda
#StaySafe

#GoDaddyMotorsport
#AkasTekadSdnBhd

Google ads
Back to top button