Artikel Pilihan

CAMPERVAN KEICAR – APA LAGI, JOM PERGI JEPUN!

Apa bila berbicara tentang Jepun, tidak dapat lari daripada topik perbincangan kita adalah tentang betapa majunya bangsa Jepun dan juga kereta-kereta mereka. Maju dan unik. Itulah gambaran tentang Jepun secara kasar. Tapi apabila sembang bab percutian menggunakan Campervan, orang kita lebih menggemari Australia atau pun New Zealand.

BACA : ANDA SUKA MOTORHOME? CAM CARAVAN KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

BACA : TRIPPY TIPPY HIPPY VAN – KOMBI SENGET UNTUK PERLUMBAAN

Tidak terlintas langsung dalam fikiran kita bahawa di Jepun pun sebenarnya turut ditawarkan aktiviti sebegini. Malah, rangkaian keicar yang mereka miliki turut disumpah untuk jadikan sebagai mini Campervan. Macam menarik bunyinya bukan? Barangkali, sudah sampai masanya, persepsi percutian ke negara Toyota dan Honda ini diubah.

Jadi, buat pasangan yang bakal berkahwin, bolehlah berkira-kira untuk ke Jepun untuk berbulan madu dengan cara ber-campervan ini. Ambil sahaja Daihatsu Atrai sebagai sebuah Campervan bajet. Usah khuatir bimbang sesat di hutan batu Tokyo kerana ianya dilengkapi dengan GPS berbahasa Inggeris.

Wifi yang tersedia juga memudahkan buat mereka yang gila nak berswafoto, lepas tu muat naik dalam IG sampai sepuluh keping gambar dengan aksi yang lebih kurang sama sahaja.

Bagi mengelakkan malam pasangan yang baharu berkahwin kedinginan, Daihatsu Atrai yang bersaiz kompak ini turut dilengkapi dengan pemanas dalaman. Tapi bila dah tidur bersama pun panas juga kan. Eh! Eh!

Percayalah ruang tempat tidur yang tersedia ini sebetulnya sama sahaja saiznya dengan mana-mana katil hotel bertaraf tiga bintang di Jepun. Kecil tapi masih selesa untuk lena diulit intan.

Selain daripada tempat tidur yang cukup selesa untuk dua orang, tersedia juga sebuah dapur mini. Setakat nak bancuh kopi atau pun masak mee segera sama sardin apa ada hal. Sap sap sui siap!

Sebelum ada yang bertanya mana nak letak beg pakaian, di situlah fungsinya roof box yang berupaya untuk mengusung dua beg pakaian bukanlah masalah besar. Nak isi barangan cenderahati yang dibeli sewaktu berkunjung ke kota kecil Jepun pun boleh sumbat taruk atas bumbung.

Jadinya berapakah kos untuk menyewa sebuah Campervan bersaiz mini ini? Ianya bermula 5900 Yen atau pun kira-kira RM220 duit kita untuk sehari bersekali dengan perlindungan insuran. Tapi kos-kos lain seperti deposit belum diambil kira lagi yang perlu dibayar kepada pihak penyewa Campervan.

Rasa macam berbaloikah nak ber-campervan ke Jepun ini sebenarnya? Tahukah di Jepun sebenarnya terdapat lebih daripada 1200 Park & Sleep dan ianya percuma sahaja. Negara Jepun sememangnya terkenal dengan negaranya yang selamat bebas jenayah. Jadi isu keselamatan barangkali dah tak perlu fikir sangat. Dan Jepun juga memiliki lebih daripada 3000 Hot Spa untuk dilawati. Memang sedaplah pekena waktu musim sejuk, iya tak?

Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah ke Jepun sambil dengan cara yang hipster dan bergaya!

Google ads
Back to top button