Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: CAMPERVAN PROTON JUARA PALING KEMAS, CANTIK & MURAH!

Assalamualaikum . Salam sejahtera dihari Jumaat penuh baraqah . Baca sampai habis ya …. 😁

Ada yang tanya , berapa kos buat Proton Juara Campervan ni sampai siap . Jawapan asas ialah banyak juga berbanding harga asal sebuah Proton Juara basic tahun 2001 . Berikut ini adalah ringkasan bagi setiap item dalam pembikinannya . Masa diambil dalam kurang lebih 2 tahun disebabkan cetusan idea dan barang2 ada yang sampai lambat dan sebagainya . Sebetulnya memang pemilik baru dicari , sebab nak beralih ke segmen lebih besar , tapi hasil pengiklanan menemukan pemberani separuh jalan atau yang ingin tahu kos pembuatan . Ianya tidak mengapa , bukan semua ada minat yang sama , maka tidaklah menjadi salah kalau Proton Juara Campervan @ Miss Jue ini disimpan selagi ada hayatnya . Sekarang usianya sudah 19 tahun , tinggal 6 tahun lagi untuk disahkan kategori klasik dibawah peraturan JPJ yang menetapkan usia 25 tahun keatas bagi kategori ini .

2001 PROTON JUARA CAMPERVAN 1.0 Petrol – RM6000.00 ( harga van ini masa beli mula mula , bukan harga nak jual sekarang … 😂 )

Transmisi : Automatik

Cubic capacity : 1094 cc

Mileage : 330009 km

Wareda auto motorized side awning – RM2050.00 complete pasang dengan cat semula dan bracket kustom

Thule omnistor 12v roof air ventilation – RM 1550.00 complete pasang

Kabinet dalaman , laci , siling , side step , cover radio , emblem belakang dan logo( kayu pinewood ) dan semua kerja kerja dalaman melibatkan pendawaian dan peralatan seperti soket plug , lampu . RM 4260.00 complete semua

Sistem solar 100 watt panel . 100 ah solar battery . Inverter . Solar charge controller . Cable dan pemasangan . RM1760.00

Roof rack custom , side bar , tangga dan bar hadapan . RM2000.00 siap pasang .

Sistem radio dvd gps android , speaker , roof monitor , tweeter beserta reverse camera . Amplifier dan pendawaian . RM1750.00.

Penukaran alternator , gearbox , kompressor aircond , dan kerja kerja selenggara enjin . RM 3200.00

Gantian kain kusyen seat , tilam lipat custom serta karpet lantai . RM1700.00

Cat 2 tone ( base & pearl ) keseluruhan luar dalam warna ford ranger FLQ orange dan White AK2164 . Pemasangan heat & sound proof keseluruhan . Sticker custom . RM4560.00

Sport rim dan tayar . RM1450.00

Penukaran nombor pendaftaran dari WJR6516 kepada RV3182 melalui sistem interchange JPJ . RM1850.00

Spotlight bar atas dan spotlight bawah LED . RM850.00

Khemah lipat 2 unit ( 6 pax ) , seat lipat ( up to 200kg weight ) 2 unit , meja lipat , dapur portable , alatan masak dan camping RM1650.00 .

Portable alpicool cx50 fridge 12v @ 240v . RM2150.00

Lcd tv 12v . RM350.00

Portable potty . RM450.00

Proton Juara Campervan ini sebuah kenderaan kompak bagi yang mula mahu berjinak jinak dengan dunia campervan . Sebuah kenderaan yang agak berusia tapi senang diolah reka bentuk hasil dari badannya yang berbentuk kotak . Amat sesuai untuk keluarga kecil dalam mengembara .

Sebuah kenderaan monocoque dengan senibina ringkas dan padat . Binaan single piece , sudah berusia tapi tetap teguh tanpa karat . Janji Proton akan anti karatnya benar dan terbukti selepas 19 tahun ianya beroperasi lantas sesuai diubahsuai menjadi campervan . Asas spesikasi jpj bagi seat dan bentuk badan kekal seperti asal. Hanya penambahan aksesori menjadikan ianya lain dari Proton Juara yang lain .

Hasilan kabinet dan lain lain yang diasaskan kayu pine terhasil dari kerjatangan anak muda tempatan @bangsal carpenter . Mengambil masa yang agak lama kerana kerja2 kustom ini remeh dan banyak kali penambahbaikan dilakukan.

Dilapiskan badan van keseluruhan dengan penebat haba , ianya menyejukkan dalaman kenderaan . Ditambah dengan penggunaan penyedut udara jenama Thule omnistor 12v , kuasa sepenuhnya menggunakan bateri solar . Di siang hari , udara panas dalam van ditarik keluar dari dalaman van . Di malam hari , udara sejuk dari luar disedut masuk kedalam van . Fungsi keluar dan masuk angin ini amat berguna dan sesuai bagi sebuah campervan .

Panjang van keseluruhan 3660mm

Lebar van keseluruhan 1535 mm

Tinggi van keseluruhan 1850 mm

Tempat tidur dan makan

Katil lipat yang boleh digunakan dalam van dengan melipat kerusi tengah asal , boleh digunakan 2 kanak kanak atau seorang dewasa dengan selesa . Khemah lipat yang dimuatkan dalam van diruang khas di siling , boleh dibuka dengan mudah dan digunakan 4 orang dewasa secara selesa pada satu satu masa .

Tempat makan boleh menggunakan meja lipat yang ada 4 kerusi padanya. 2 kerusi lipat yang boleh menampung orang dewasa yang berat sehingga maksimum 200kg juga disediakan .

Dapur

Laci kustom yang berada pada ruang kiri belakang van boleh dibuka 2 step dan diletakkan dapur portable saiz comel . Gas memasak yang mudah dibeli senang digunakan untuk memasak apa sahaja .

Barang barang memasak samada peralatan dan bahan mentah kering boleh dimuatkan pada laci sebelah kanan van ini .

Barang barang basah , air batu dan lain lain boleh diletakkan dalam portable fridge yang ada . Fridge ini dikuasakan 12v menggunakan sepenuhnya hasilan kuasa sistem solar yang ada .

Periuk nasi mini juga ada dan boleh digunakan dengan plug 240v menggunakan kuasa inverter dari bateri solar .

Coretan ini untuk sahabat sahabat berkongsi rasa dan tanya . Bukan selainnya . Ada juga hasilan campervan yang lebih padu dan lengkap jauh lebih mahal dan kualitinya , namun inilah sahaja yang ada pada saya . Alhamdulillah . InshaaAllah , jika niat kita betul , akan ada jalannya atas apa jua yang kita inginkan .

Bagi yang tanya hari tu tak jual ke ? Mmg takde yang close deal . Van ada di Umbai Melaka sekarang . Jika ada yang mahu , 20k harga van . Kalau tanya tukar nama , puspakom macam mana ? Van ni takde ubahsuai yang melampau . Semuanya asal , cuma aksesori sahaja nampak banyak . Enjin semua masih original . Ada warranty ke tak ? Memang tak . Test puas puas masa beli , dah suka , puas hati , bayar dan bawa balik. Kos habis 38k , jual 20k sebab tahu harga kalau letak tinggi melangit pun , tak syok . Hanya untuk pemberani sahaja . Tak dapat jual pun takpe , masih ada yang sayang terutama pemiliknya …. 😅

Sehingga ketemu semula dilain masa . Salam sayang buat semua . Moga solat Jumaat tadi membawa barokah pada semua .

Kembara Jiwa .

GALERI
Google ads
Back to top button