Buletin

TEMPAHAN LAND ROVER DISCOVERY SPORT DIESEL DIBUKA

Jaguar Land Rover (Malaysia) telah memperkenalkan Land Rover Discovery Sport dengan enjin diesel.

Land-Rover-Discovery-Sport-SD4-Diesel-2016-mekanika (2)

Lebih menarik lagi, SUV kompak premium 5+2-tempat duduk itu ditawarkan bersama pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan. Pilihan rebat tunai juga diberikan.

Land Rover Discovery Sport 2.2L SD4 Diesel dipacu oleh enjin turbodiesel 2.2-liter berkuasa 190PS dan tork 420Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Land-Rover-Discovery-Sport-SD4-Diesel-2016-mekanika (6)

Jentera itu ditawarkan pada harga RM450,000 (termasuk GST tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

Discovery Sport 2.2L SD4 hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km. Selain penyelenggaraan berjadual percuma selama lima tahun atauĀ  80,000km dan bantuan tepi jalan untuk tiga tahun, mana-mana tiba dahulu.

Land-Rover-Discovery-Sport-SD4-Diesel-2016-mekanika (4)

Kenderaan ini menggabungkan inovasi kejuruteraan Land Rover. Ini termasuklah gandar belakang multi link. Di samping kerangka yang diperbuat daripada campuran keluli regangan tinggi dan aluminium ringan.

Discovery Sport dilengkapi rangkaian ciri keselamatan aktif dan pasif terkini. Pakej keselamatan pemandu dan penumpang yang komprehensif merangkumi tujuh beg udara.

Land-Rover-Discovery-Sport-SD4-Diesel-2016-mekanika (1)

Ciri keselamatan lain termasuklah Hill Decent Control (HDC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS), Bantuan Permulaan Bukit, Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

Jaguar Land Rover Malaysia akan menganjurkan jualan istimewa di bilik pamerannya pada hujung minggu ini (20 dan 21 Ogos 2016). Rebut pelbagai promosi yang ditawarkan untuk seluruh rangkaian model Land Rover dan Range Rover.

Untuk maklumat lanjut atau mengatur sesi pandu uji, sila kunjungi cawangan jualan terdekat atau layariwww.landrover.com.my.

Google ads
Back to top button