Artikel Pilihan

FREELANDER AKAN MUNCUL KEMBALI – KALI INI DENGAN SURAT BERANAK CHINA

Sebelum popular dengan Evoque dan Discovery Sport selain model terkenal mereka, Defender, Land Rover mempunyai satu lagi model popular yang lebih kecil dan dinamakan Freelander. Disebabkan ia bersaiz kecil ia boleh dikatakan sebagai model entry level untuk mereka yang baru nak berjinak dengan model-model Land Rover.

Tempoh pengeluarannya pun tak lama, lebih kurang 15 tahun sahaja sebelum dihentikan produksinya pada tahun 2015. Kini Freelander bakal muncul kembali tapi bukan sebagi model baharu di bawah jenama Jaguar Land Rover (JLR).

Land Rover telah menghidupkan kembali nama Freelander untuk beberapa siri kenderaan elektrik yang bakal dihasilkan di China. Ooo dah tukar warganegara la ni. untuk memastikan hasrat ini terlaksana, mereka telah bergabung dengan syarikat ternama China, Cherry. Ia bukan satu perkara baharu kerana ikatan antara keduanya sudah terjalin selama 12 tahun.

Gabungan dua jenama tersebut dikatakan bakal menghasilkan EV baharu menggunakan platform Cherry. Produksi bakal dilakukan di Changsu dan ianya adalah khusus untuk pasaran China. Rancangan untuk eksport bagaimana pun dikatakan bakal menyusul selepas ini.

Barisan model Freelander ini akan dipasarkan berasingan dari model-model keluaran Land Rover dan Cherry. Mereka akan mencipta satu sub-jenama baharu dengan model-model yang akan dipasarkan dengan harga lebih rendah berbanding Land Rover asal.

Tak banyak maklumat tentang Freelander baharu ini sekarang tapi menurut satu laporan dari China, ia kemungkinan besar mempunyai kaitan mekanikal dengan Exeed, sub-jenama Cherry yang akan dilancarkan di Eropah menjelang 2026.

Google ads
Back to top button