
TEMPAHAN MITSUBISHI TRITON 2024 KINI DIBUKA – LIMA VARIAN, ANGGARAN HARGA RM102K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan bahawa trak pikap Mitsubishi Triton generasi keenam kini dibuka untuk tempahan.
Mitsubishi Triton generasi keenam ditawarkan dalam lima varian dan ditawarkan dengan anggaran harga RM170,000 untuk varian Triton Athlete, manakala varian Triton Single Cab bermula pada harga RM102,000.
Generasi terbaharu Triton ini telah direka semula sepenuhnya, dari bahagian luar dan dalam, hingga ke casis, rangka ladder, dan enjin.
Antara ciri utama ditawarkan oleh Mitsubishi Triton generasi baharu adalah seperti menggunakan bahasa rekaan “Beast Mode”, saiz badan lebih besar, dengan casis mega-frame baharu dan sistem suspensi dipertingkatkan.

Sementara, sistem pacuan 4WD-II Super Select dan tujuh mod pemanduan dipertingkatkan memastikan prestasi jalan yang optimum.
Dari segi keselamatan, ia kini dilengkapi dengan Active Yaw Control yang membantu kawalan ketika melalui jalan licin, selain mempunyai Advanced Driver Assistance System (ADAS).
Perincian lain termasuklah, menawarkan pelbagai ciri dalaman diilhamkan daripada SUV seperti dok pengecasan tanpa wayar, Apple CarPlay & Android Auto, serta ruang penyimpanan serba boleh.
Beralih pada kuasa, Triton Single Cab dilengkapi enjin 2.4L, berupaya menghamburkan kuasa 184PS dan tork 430NM atau 204PS/470Nm untuk varian tertinggi.
Varian Single Cab juga hadir dengan dek kargo terbesar dalam segmennya, iaitu 2,340mm lebar dan 1,580mm panjang.
Bagi meneruskan kempen “Drive Your Ambition Brand Festival”, MMM menawarkan kotak penyimpanan boleh lipat 60 liter bernilai RM450 sebagai hadiah awal untuk 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan Triton generasi baharu melalui Mitsubishi Online Showroom.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara bilik pameran pengedar sah MMM dan membuat tempahan, layari laman web rasmi MMM di https://www.mitsubishi-motors.com.my atau kunjungi pengedar sah Mitsubishi di seluruh negara.
GALERI:




