Artikel Pilihan

HYUNDAI TELAH HASILKAN 100 JUTA KENDERAAN SELEPAS 57 TAHUN – JANGAN PANDANG TAK ADA MATA

Sejarah Hyundai meang cukup panjang dan bukannya pemain baharu dalam dunia automotif. Mereka berjaya berubah dari pengeluar kereta murah yang tidak menarik kepada nama besar setanding dengan Ford, GM dan Toyota sendiri. Kini tiba masa untuk meraikan kejayaan pengeluaran kenderaan mereka yang ke seratus juta. Fuh, seratus juta tu boh.

Pencapaian ini bukannya memakan masa setahun dua tetapi 57 tahun! Menariknya sebelum ini mereka mencapai keluaran 50 juta pada tahun 2013. Ini bermakna dalam masa sepuluh mereka berjaya mencapai jualan 50 juta lagi! Apa rahsia diorang eh, macam jual sambal dalam talian pulak jumlahnya.

Sebagai meraikan pencapaian ini satu acara dilangsungkan semasa penyerahan kenderaan ke 100 jtuta kepada pemiliknya di Ulsan Plant, Korea Selatan.

Ulsan Plant yang dibuka secara rasmi pada 1968 merupakan kilang penting Hyundai dan disifatkan sebagai tempat lahir industri automotif Korea Selatan. Kereta pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran di kilang ini ialah Pony pada tahun 1975.

Hyundai mungkin tidak berapa dikenali di Malaysia sehinggalah pelancaran Sonata pada tahun 1985. Kualitinya mungkin tidak setanding dengan Toyota Camry ataupun Honda Accord ketika tu tapi memberikan lebih pilihan kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.

Menjelang 1992, Hyundai telah mengeluarkan sebanyak 5 juta unit kenderaan dan enam tahun kemudian mereka berjaya menguasai Kia Motors dan terus mengembangkan pengaruhnya sehingga ke hari ini.

Google ads
Back to top button