Buletin

RM80K REBAT! HONDA CIVIC TYPE R FL5 KINI BERHARGA RM319K

Honda Civic Type R FL5 kini ditawarkan dengan rebat sebanyak RM80,000, menjadikan harganya RM319,000, berbanding harga asal RM399,000.

Bagi di Langkawi, model ini dijual dengan tanda harga RM219,900 dan selepas rebat RM80,000, ia boleh dimiliki serendah RM139,900 sahaja.

Bagaimanapun, sehingga dikemaskini, Honda Civic Type R FL5 dengan harga runtuh di Langkawi telah pun habis dijual.

Model ini tampil dengan tiga paip ekzos di bahagian tengah serta rim bersaiz 19 inci—lebih kecil 1 inci berbanding model terdahulu—dan dipasangkan tayar Michelin Pilot Sport 4S bersaiz 265/30 ZR19.

Di bahagian dalaman, Honda Civic Type R FL5 mengekalkan susun atur papan pemuka yang serupa dengan model standard Civic, tetapi dengan kemasan eksklusif seperti tempat duduk berbalut bahan merah, tombol gear manual, serta plak bernombor yang memberikan sentuhan istimewa.

Selain itu, terdapat skrin infotainmen 10.2-inci, kluster digital dengan dua paparan berbeza, serta roda stereng yang dibalut kulit dengan rekaan lebih ringkas dan kemas.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan lapan beg udara dan pakej Honda Sensing, merangkumi sistem bantuan pemanduan seperti;

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • Auto High Beam Headlights (AHB)

Beralih pada kuasa, Honda Civic Type R FL5 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder sebaris K20C1, yang mampu menghasilkan 319PS dan 420Nm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi manual enam kelajuan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.

Google ads
Back to top button