Buletin

TEMPAHAN PORSCHE CAYENNE 2024 KINI DIBUKA, 348HP, HARGA BERMULA RM599K

Porsche Malaysia hari ini mengumumkan Porsche Cayenne 2024 kini dibuka untuk tempahan melalui laman web rasmi Porsche Malaysia.

Model ini menerima beberapa peningkatan terutamanya dari segi rupa luaran, papan pemuka, trenkuasa, sistem casis, suspensi dan konsep kawalan digital.

Porsche Cayenne 2024 didatangkan dalam tiga warna:

  • Chromite Black Metallic
  • Carrara White Metallic
  • Quarzite Grey Metallic

Di bahagian dalam, terdapat dua warna untuk dipilih iaitu hitam atau merah.

Dari luaran, model ini dipadankan bersama lampu hadapan LED Matrix secara standard serta lampu belakang baharu dan secara keseluruhannya, ia memberi gaya lebih sporty dan tampil elegan.

Di dalam kabin, ia dimuatkan dengan instrument digital 12.6-inci sementara bahagian tengah disertakan skrin infotainment bersaiz 12.3-inci.

Ciri standard bagi Porsche Cayenne 2024 adalah seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control
  • Soft-close doors
  • Power Steering Plus
  • Rim baharu bersaiz 20 inci
  • Sistem Bunyi Bose Surround
  • Lane Change Assist dan Lane Keep Assist

Beralih kepada kuasa, Porsche Cayenne 2024 dijana oleh V6 3.0 liter turbo, berupaya menghasilkan 348hp dan 500Nm tork.

Kepada yang berminat, anda kini boleh mendapatkan Porsche Cayenne 2024 pada harga bermula RM599,999 di laman web mycayenne.online.

Google ads
Back to top button