Artikel Pilihan

EV BIASA TIADA GEAR. KENAPA PORSCHE TAYCAN ADA 2 GEAR?

Berbeza dengan kereta enjin pembakaran dalam (ICE), kereta elektrik hanya menggunakan gear tunggal sahaja sama seperti basikal fixie yang popular satu ketika dulu. Bagi enjin pembakaran dalam, enjin hanya menghasilkan tork maksima pada putaran enjin (RPM) yang tinggi.

Adalah mustahil untuk memulakan perjalanan pada 4000 RPM bagi menjana tork maksimum dalam keadaan statik. Jadi gear dicipta untuk menggandakan nilai tork yang dihasilkan oleh enjin pada RPM yang lebih rendah. Pada halaju tinggi, gear dengan ratio yang lebih rendah digunakan untuk penjimatan bahan api

Berbeza dengan enjin pembakaran dalam, motor elektrik boleh menjana tork maksima seawal 0 RPM, ini bermakna anda boleh mendapat tork maksima dan terus melakukan pecutan maksima sebaik sahaja menekan pedal throttle dalam kereta elektrik

Disebabkan kelebihan tork tinggi pada motor elektrik, pengeluar kereta elektrik tidak memasang gear pada kereta elektrik kecuali satu jenama daripada Jerman disebabkan orang Jerman sukakan benda yang kompleks. Salah satu EV yang menggunakan gear ialah Porsche Taycan EV yang menggunakan 2 motor elektrik.

Pada gandar depan, kuasa mekanikal yang dihasilkan oleh motor elektrik akan dihantar gear tunggal coaxial satu kelajuan (rekaan planetary) dengan nisbah 8:1 kepada sistem differential khas yang dihasilkan oleh Porsche yang lebih ringan

Mekanisme transmisi 2 kelajuan dipasang pada roda belakang adalah inovasi terbaru oleh Porsche. Gear pertama memberikan kelebihan pada Taycan untuk memecut dengan leboh laju dari keadaan statik, manakala gear kedua pula direka untuk memberi fokus pada kecekapan dan penggunaan tenaga elektrik yang minima pada halaju yang lebih tinggi

Transmisi 2 kelajuan ini dibina dengan rekaan 3 syaf, 2 peringkat gear dan juga satu set gear planetary yang bertindak sebagai bagi gear pertama sebelum gear kedua digunakan. 15 putaran yang dihasilkan oleh motor elektrik adalah bersamaan dengan 1 putaran pada roda selepas melalui seat gear ini bagi menghasilkan tork yang tinggi pada roda untuk pecutan maksima dari keadaan statik

Gear pertama biasanya akan digunakan pada mode pemanduan Sport dan juga Sport Plus bersama-sama dengan Launch Control. Transmisi ini akan mengekalkan gear pertama selama yang boleh sebelum bertukar kepada gear 2 dengan ciri Shift Overboost.

Gear kedua pula direka dengan nisbah 8:1 sama seperti gear pada gandar depan serta digandingkan dengan sistem limited slip differential. Ini membolehkan Taycan mencapai halaju tinggi sama seperti supercar yang lain dengan penggunaan tenaga elektrik yang minima

Google ads
Back to top button