Buletin

TEMPAHAN TOYOTA CAMRY KINI DIBUKA – HARGA ANGGARAN RM189,900

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Camry serba baharu sudah dibuka mulai semalam.

Toyota Camry generasi baru itu dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang menawarkan lebih banyak fungsi, teknologi serta prestasi terbaik.

Sedan eksekutif itu kini dilengkapi pelbagai ciri Toyota Safety Sense yang terdiri daripada Pre-collision System, Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

Jentera itu hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Didatangkan dengan satu varian sahaja, anggaran harganya ialah sekitar RM189,900 seunit.

Untuk melihat Toyota Camry ini, sila kunjungi Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 di Malaysia International Trade Center (MITEC) bermula 23 November hingga 2 Disember 2018.

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota atau layari laman web: toyota.com.my

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button